SinarHairan

Pada Berhubung Sulit Dengan Isteri Orang, Lelaki Ini Dibelasah Separuh Mati

loading...

KUCHING- Akibat mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang,seorang pekerja sebuah pusat hiburan telah di pukul bertubi-tubi sehingga parah di kawasan Batu Lima.

Kejadian tersebut dikatakan telah berlaku pada pukul 10.30 malam. Mangsa yang berusia dalam lingkungan 28 tahun telah di kepung oleh 13 orang lelaki yang tidak dikenalinya. Kumpulan lelaki itu dikatakan duduk berhampiran tempat mangsa bekerja.

Superintendan Abang Junaidi Abang Anuar, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching,berkata suspek yang datang menaiki kereta terus menuju ke arah mangsa lalu memukulnya bertubi-tubi mengunakan kerusi sehingga mangsa lemah dan tidak bermaya.

Mangsa juga telah diheret oleh suspek ke dalam sebuah kereta, namun mangsa gagahkan juga dirinya untuk lari ke tanah perkuburan yang berada tidak jauh daripada lokasi kejadian sebelum mangsa berjaya di pukul menggunakan satu objek tumpul. Mangasa yang berada dalam keadaan lemah telah ditinggalkan bersendirian

Abang Junaidi berkata, mujur orang awam yang melalui jalan tersebut terlihat mangsa yang berlumuran darah. Mangsa kemudiannya telah dibawa ke  Hospital Umum Sarawak (HUS).

Pihak polis mendapati mangsa telah dibelasah oleh kumpulan lelaki itu kerana menpunyai hubungan sulit dengan salah seorang ahli kumpulan itu.

Disebabkan tidak puas hati suspek telah mengatur rancangan untuk membalas dendam terhadap mangsa bersama rakan-rakan nya yang lain sebagai tanda amaran kepada mangsa.

Pihak polis masih menunggu mangsa di dalam keadaan stabil bagi memberikan keterangan mengenai kejadian ini.

Walau bagaimanapun, suspek telah pun dapat dikenal pasti oleh pihak polis. Kes masih lagi di siasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Editor: Ila Hakimi

loading...
loading...

0 Response to "Pada Berhubung Sulit Dengan Isteri Orang, Lelaki Ini Dibelasah Separuh Mati"

Catat Ulasan