SinarHairan

Hadiah Perkahwinan Meletup, Pengantin Lelaki Maut Manakala Isterinya Kritikal

loading...

INDIA: Seorang pengantin lelaki yang sedang melangsungkan perkahwinannya serta seorang nenek kepada pengantin tersebut telah maut apabila berlakunya satu letupan ketika majlis perkahwinan mereka sedang berlangsung.

Letupan itu dikatakan berlaku apabila pengantin lelaki terbabit dan pasangannya itu ada menerima satu bungkusan misteri yang dihantar oleh seseorang sebagai tanda perkahwinan.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, bungkusan yang dihantar itu dikatakan tidak bernama dan ianya juga telah dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali.

Namun, sebaik sahaja membuka bungkusan itu ianya meletup dan turut memusnahkan banyak barangan yang lain selain mencederakan pasangan pengantin lelaki terbabit serta menyebabkan dua orang meninggal.

Mangsa yang dikenali sebagai Soumya Sekhar maut ditempat kejadian manakala isterinya iaitu Reema Sahu mengalami kecederaan yang serius.

Setakat ini, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui maksud sebenar kejadian itu.

Pihak polis juga turut menyatakan bahawa kemungkinan bungkusan itu telah dihantar oleh seseorang yang tinggal di kawasan berhampiran dan mungkin ianya cemburu kepada pasangan terbabit.

Menurut pengakuan daripada adik-beradik pasangan terbabit, bungkusan misteri itu meletup sebaik sahaja ianya dibuka oleh pasangan pengantin berkenaan. Sumber: Astro Awani, Editor: Iera





loading...
loading...

0 Response to "Hadiah Perkahwinan Meletup, Pengantin Lelaki Maut Manakala Isterinya Kritikal"

Catat Ulasan