SinarHairan

#SPEKULASI ~ Apa ada Elfira Loy -Asyraff Mazlan?

loading...
Elfira dan Mazlan 

 IKATAN pertunangan yang terlerai antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi terus menjadi perbualan netizen apabila satu persatu spekulasi mengenai hubungan mereka sebelum ini diperkatakan.

 Terbaru, keterbukaan seorang lelaki bernama Asyraff Mazlan berkongsi beberapa gambar dan videonya bersama pelakon dan pengacara kecil molek itu, baik semasa mereka menunaikan ibadah umrah awal bulan lalu dan terbaru, ketika sambutan hari jadinya baru-baru ini menarik perhatian netizen.

 Biarpun tidak keluar berdua kerana turut ditemani Nurul Ezzlisa Loy, namun ramai yang membuat spekulasi, lelaki tersebut kini istimewa di hati Elfira.


arif_aziz07 Ni ke sbb elfira putus tunang?

 mufid.official Doa yg baik baik semoga jadi Tidak kurang juga, ada sesetengah netizen bertindak berani dengan tagged nama Sufian di gambar tersebut.

 sania_atkins perlu ke nak tag dia? Hormat la perasan Sufian. Hormat jugak tuan IG ni. 

 Dalam pada itu, Elfira dan Suffian kedua-duanya pernah meminta semua pihak tidak membuat sebarang andaian dan memaklumkan hanya keluarga sahaja yang mengetahui punca mereka menamatkan pertunangan.

 Pada 17 Februari lalu, ibu Elfira iaitu Filzah Yusoff, 52, mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan Sufian sudah berakhir dan pihak perempuan juga sudah memulangkan cincin pertunangan mengikut adat di rumah keluarga Sufian sehari selepas berita tersebut tersebar.

 Elfira dan Sufian mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac ini.[SH]
loading...
loading...

0 Response to "#SPEKULASI ~ Apa ada Elfira Loy -Asyraff Mazlan?"

Catat Ulasan