SinarHairan

Rumah hangus dijilat api 2 hari sebelum majlis kahwin, nasib pasangan pengantin ini buat netizen sebak

loading...

Sebuah majlis perkahwinan yang meriah dan berjalan dengan lancar pada hari bahagia merupakan impian terbesar buat semua pasangan bakal pengantin di luar sana. Begitu juga dengan pasangan sama cantik sama padan ini, Asmieyz Zahari dan Amer Shariq, yang telah mengadakan semua persiapan untuk majlis persandingan mereka pada 1 Disember yang lalu.

Namun begitu, siapa sangka majlis persandingan yang diimpikan terpaksa dibatalkan gara-gara telah berlakunya kebakaran di rumah bakal pengantin sehingga menyebabkan mereka sekeluarga mengalami ‘total lost’.

Assalamualaikum, kami sekeluarga memohon maaf, tiada majlis persandingan yang akan diadakan pada 1 Disember 2018.

Saat menghitung hari bahagia lagi 2 hari, Allah uji kami sekeluarga dengan kebakaran rumah “total lost”.

Tak sampai 1 jam gubahan digubah, dalam masa 1 minit hangus dijilat api.

Apa yang lebih menyedihkan, ibu pengantin perempuan itu juga dikatakan telah dimasukkan ke hospital gara-gara mengalami serangan jantung kesan daripada musibah yang telah menimpa mereka sekeluarga.

Tolong doakan mama saya yang telah dimasukkan ke dalam wad hospital gara-gara ‘mild heart attack’. Jangan fikir banyak benda sangat mama. InsyaAllah semuanya akan okay.

Walau bagaimanapun, punca berlakunya kebakaran itu masih belum dikongsikan oleh kedua-dua mempelai tersebut. Rata-rata, ramai pengguna Facebook yang berasa simpati terhadap nasib yang menimpa kedua-dua pasangan itu.

Dengan izin Allah, pasangan mempelai tersebut tetap meneruskan majlis akad nikah dan dilihat masih mengukirkan senyuman ketika sesi fotografi di kawasan rumah mereka yang telah hangus dijilat api.

 

 

Sumber : Facebook 

loading...
loading...

0 Response to "Rumah hangus dijilat api 2 hari sebelum majlis kahwin, nasib pasangan pengantin ini buat netizen sebak"

Catat Ulasan