loading...
BijakThere 6:40 AM Berita Comment
SINGAPURA: Singapura mengulangi bahawa perairan wilayahnya memang menganjur ke barat had pelabuhan semasa sekitar Tuas, menurut jurucakap Kementerian Pengangkutan republik itu.
Oleh yang demikian, jurucakap itu berkata, peluasan had pelabuhan Johor Bahru menceroboh kawasan perairan Singapura di kawasan tersebut dan merupakan pencabulan serius terhadap kedaulatan Singapura dan undang-undang antarabangsa.
Satu kenyataan dikeluarkan di sini pada Rabu sebagai respon kepada Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa peluasan had pelabuhan Johor Bahru baru-baru ini tidak 'menyentuh' sempadan Singapura.
''Kita boleh membuat tinjauan untuk menentukan sama ada ia betul atau salah. Garisan mereka tidak tepat, kita masih berada di perairan kita sendiri, '' katanya.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook juga berkata Malaysia mendapati dakwaan Singapura tidak tepat kerana had pelabuhan yang diubah untuk Pelabuhan Johor Bahru sama sekali tidak menceroboh wilayah Singapura.
Loke menarik perhatian bahawa Singapura pada tahun-tahun kebelakangan ini telah menjalankan kerja-kerja penambakan secara ektensif di kawasan yang dipertikaikan dan mengikut undang-undang trite penambakan tanah tidak memperluaskan titik pangkal dan/atau garis pangkal negara.
Mengikut undang-undang antarabangsa, perairan wilayah Singapura kekal tidak berubah walaupun kerja-kerja penambakan telah dijalankan hampir ke perbatasan luar perairan Singapura, kata beliau.
-- BERNAMA
loading...
loading...
Related Posts :
#PENGAKUAN ~ Mohon maaf, anggap semua ini ujian ALLAH - Izara Aishah
Kenyataan Izara mengenai kontroversi itu, di laman Twitternya.
PELAKON dan model, Izara Aishah, 24, tampil membuat permohonan maaf … Read More...
Kerap upload gambar bersama, Redza Rosli, Ayda Jebat bercinta?Pada: Khamis, 18 Mei 2017
Artis Bercinta, Ayda Jebat, Gossip Artis, Kekasih Artis, Pelakon, Penyanyi, Redza Rosli,
Redza Rosli dan Ayda Je… Read More...
Kerbau diSERANG oleh 2 ekor singa jantan,bila tengok buat anda KAGUM dengan KEKUATKAN LUAR BIASA kerbau tu
Ringkasan Video :
molek molek kuba tu sedap makan rumput,tiba tiba mari 2 ekor singa,lawan punya lawan,kerbau tak putus asa,ganas gok la k… Read More...
Kerap upload gambar bersama, Redza Rosli, Ayda Jebat bercinta?Pada: Khamis, 18 Mei 2017
Artis Bercinta, Ayda Jebat, Gossip Artis, Kekasih Artis, Pelakon, Penyanyi, Redza Rosli,
Redza Rosli dan Ayda Je… Read More...
(VIDEO) REAL !!!! Motor berkuasa tinggi yang ingin memotong bas,lepas tu bas buat macam ni....
Ringkasan Video :
motor yang cuba memotong sebuah bas,motor yang tengah pecut laju nya, bas pun sama pecut dengan laju jugak.saat SETERUSN… Read More...
0 Response to "Singapura pertahan dakwaan mengenai pencerobohan"
Catat Ulasan