SinarHairan

Tips Elak Hotel Berhantu

loading...
Hampir semua hotel berhantu. Tapi ada beberapa cara mengurangkan peluang hangpa berjumpa dengan makhluk ini.

Bukan apa. Macam hangpa, makhluk ini juga perlu katil nak berbaring, cermin nak bersolek dan WIFI untuk emel.

Kalau dulu-dulu depa cuma ketuk bilik. Tapi sekarang depa dah pandai mendail telefon hangpa waktu malam.
Bila hangpa masuk ke bilik depa dengan 3 anak yang asyik bergaduh, hangpa yang ganggu depa.
Jadi, ini ada 5 tip untuk mengurangkan peluang disakat di hotel sewaktu cuti sekolah bersama anak-anak hangpa. Guna, jangan tak guna!

Elak Resort Terpencil

Amber Court
Gambar di atas ialah gambar yang diletak dalam iklan. Gambar di bawah ialah keadaan sebenar.
Kredit:Azhafizah
Ada banyak resort di yang letaknya tersorok nun jauh di ceruk kampung. Contohnya Resort Tok Senik, Langkawi. Ada juga hotel yang nun jauh di atas bukit macam First World Hotel di Genting.
Ada resort terpencil di yang selalu terjadi kes chalet misteri kerap terbakar. Ada juga yang sebenarnya tapak markas tentera Jepun masa zaman perang dunia.
Mengapa hangpa pilih tempat begini? Mengapa pula hangpa pilih bercuti di kawasan peranginan yang diketahui berhantu macam Genting tu?
Hotel First World, Genting ini contohnya memang dikatakan berhantu. Yahoo Travel satu masa dulu, pernah letak hotel ini sebagai salah satu dari 15 hotel paling berhantu di dunia.
Ada lebih 6,000 bilik di sini. Dengan bilik sebanyak ini, dan dengan tetamu yang ramai, hangpa pasti yang suara orang bergaduh dari bilik sebelah tu suara orang?
Dan boleh hangpa confirmkan orang tua Cina berbaju putih  yang menyapu koridor yang menyapa hangpa itu bukan hantu ?
Amber Court, Apartmen Ria dan penginapan lain di Genting juga terkenal dengan entiti yang suka mengacau. Bukan apa. Tempat itu tidak baik dan selalu diguna untuk benda tidak baik.

Jaga-jaga dengan Hotel Bersejarah

Hotel bersejarah adalah hotel yang lebih tua dari moyang hangpa. Contohnya hotel Cheong Fatt Tze dan E&O di Pulau Pinang serta hotel Majestic di Kuala Lumpur.
Hotel-hotel ini memang ramai orang kaya minat. Sebabnya selalunya ia bertaraf 5 bintang dan sebab gaya kolonialnya.
Tapi, umur bilik yang panjang juga menyebabkan bilik-bilik hotel ini menyimpan pelbagai peristiwa dan rahsia — tak kiralah bersejarah atau tragis.
Hotel Majestic Kuala Lumpur kini adalah hotel 5 bintang ternama di Kuala Lumpur.
Hotel Majestic Kuala Lumpur kini adalah hotel 5 bintang ternama di Kuala Lumpur.
Hotel Majestic contohnya telah ditutup pada 1984. Kemudian baru dinaik taraf dan dibuka semula.
Hotel ini tiada penghuni selama 28 tahun.
Semasa Jepun kalah perang dunia, ada askar Jepun yang membunuh diri di sini.
Caranya, ambil pedang, tusuk ke badan sendiri.
Ada juga orang-orang Inggeris yang sangat suka tinggal di sini sehingga mereka meninggal dunia di dalam bilik di hotel.
Semasa hotel ini ditutup, pekerja KTM dikatakan sering nampak kelibat lelaki berpakaian Jepun memandang jauh ke arah jalan melalui tingkap salah satu bilik di situ.

Bilik Penuh? Cari Saja Hotel Lain

Peluang hangpa bertemu si penunggu cukup tinggi kalau hangpa buat benda di bawah.
Datang ke resort tergesa-gesa, tanpa tempahan, semasa hari sudah malam — dan kemudian marah-marah bila diberitahu tiada lagi bilik kosong.
Sebab tak tahan dengan mulut hangpa, akhirnya, selepas dua, tiga minit ketuk keyboard komputer, staff hotel itu kata,
“Jika encik tidak kisah, kami ada satu bilik untuk encik.”
Tahniah! Hangpa baru saja tempah tiket vip nak berjumpa cik hantu di bilik nanti.
Begini. Dalam hampir semua hotel, ada bilik yang ditutup untuk tempahan. Kadangkala, bukan satu atau dua bilik. Tapi satu tingkat ditutup untuk tetamu.
Bilik-bilik ini selalunya tempat kes ngeri, tempat kerap orang jumpa makhluk halus atau tempat letaknya patung2 keagamaan orang Cina yang di simpan untuk membuang sial. Sesetengah bilik, dikosongkan sebab puas cuba dipulihkan dari makhluk halus, tapi tak berjaya.
Jadinya, kalau penyambut tetamu katakan pada hangpa yang bilik penuh, mengapa pula selepas beberapa minit mengetuk keyboard, dia akhirnya terjumpa  bilik kosong?
Hangpa susahkan dia. Kini giliran hangpa susahkan.

Bilik Pelik? Minta Yang Lain

katil berselerak
Jangan kompromi dengan bilik yang kelihatan terusik
Tanda awal yang bilik hangpa dihuni makhluk lain ialah bila hangpa masuk, bilik ada bau pelik, berselerak, atau lebih sejuk dari biasa.
Ada juga yang tidak berselerak. Cuma bila masuk, hangpa lihat lantai basah — macam ada orang baru keluar dari bilik air.
Mungkin juga lah housekeeping kurang staff hari itu. Tapi amat jarang bilik diberi tanpa diperiksa dahulu.
Kalau hangpa masuk dan bilik hangpa selerak teruk — contohnya selimut di lantai, pintu almari ternganga, atau ada daun-daun kering berterabur di bilik, jangan tunggu lagi.
Walaupun apa alasan yang diberi hotel, minta saja bilik lain.
Bukan apa, tetamu tak diundang mungkin muncul pada malamnya.

Jaga Adab Bila Senja

Sebelum senja, ajak anak masuk. Jangan lagi biar mereka terpekik terlolong mandi-manda dan menjerit-jerit di kolam renang. Hangpa pun, kalau tengah mengandung atau baru habis berpantang, jangan tunjuk berani sangat.
Bila tiba senja, tutup saja langsir tingkap dan balkoni. Terutama kalau  balkoni bilik hangpa menghadap laut atau pokok-pokok kelapa yang tinggi-tinggi.
Banyak kes makhluk berbaju kurung moden terbang masuk melalui balkoni 😅.
Ini kisah seorang tetamu sebuah hotel tepi laut. Dia cerita dalam thread tentang hotel berhantu di forum Cari.
Our room facing the sea. balcony. Memalam nak tido, aku ni tah aper je gi bukak sliding door. Biar open. Angin masuk best je.
Tengah aku best renung2 laut try nak tgk lautan waktu malam (walhal mmg gelap takkan nampak), tetiber kain sangkut kat muka aku. Aku ok lagi. Aku tolak tepi coz for sure langsir — coz aku diri dekat ngan langsir. Pastu kain serkup muka aku lagi. Aku tolak lagi until aku sedar. Kain tu kain putih. Then aku dah gigil. Aku undur aku pusing je — perempuan diri depan aku tapi tak show muka. Cuma rambut panjang sampai lantai — ketawa. Terus pengsan. Sedar2 kwn aku dah balik. Aku diam je. Esok pagi terus checkout. Tak sanggup aku.”
(nota: Petikan telah di edit tatabahasanya)
Sebenarnya, banyak hotel yang berhantu di Malaysia. Di tempat lain di seluruh dunia pun begitu. Malah, kemungkinan juga hotel yang baru hangpa tempah pun makhluk tak diundang.
Apapun, kami harap hangpa kini lebih bijak memilih bilik. Kalau hangpa ternampak kertas kat kaunter check-in yang tertulis “Jangan jual bilik-bilik ini, melainkan jika pelanggan desak sangat”, sekarang hangpa tahu mengapa.
Hangpa ada tips lain? Atau ada pengalaman kena kacau hantu di hotel ? Jom share!
Kredit gambar: BangorArt
loading...
loading...

0 Response to "Tips Elak Hotel Berhantu"

Catat Ulasan