SinarHairan

[Video Penuh] Ini Yang Dilakukan Penyokong Vietnam Kepada Penyokong Malaysia Sejurus Perlawanan Tamat

loading...


Seronoknya tengok situasi luar stadium di Hanoi selepas final tadi. Macam ni lah best !! #AFFSuzukiCup2018 #videodibawah
BANGKOK: Walaupun pasukan Malaysia gagal menjuarai Piala AFF 2018 selepas tewas dengan agregat 3-2 di tangan Vietnam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkeyakinan skuad Harimau Malaya berpotensi untuk menang pada masa akan datang.
Katanya, skuad negara mempamerkan permainan yang baik.
“Saya berharap pemain dan jurulatih kita tidak kecewa dan sebaliknya melihatnya sebagai pengalaman untuk meningkatkan lagi kebolehan mereka.
“Saya yakin dengan sedikit lagi usaha kita mempunyai potensi untuk memenangi perlawanan-perlawanan berikutnya,” kata Dr Mahathir selepas menyaksikan siaran perlawanan final kedua di antara Malaysia dan Vietnam, di sini malam ini.
Dr Mahathir sebelum itu menghadiri majlis makan malam anjuran Universiti Rangsit (RSU).
Mengulas perlawanan itu, Perdana Menteri menyifatkan nasib tidak menyebelahi Malaysia.
“Walaupun mereka beberapa kali mencuba di depan gol Vietnam, entah bagaimana bola itu sampai ke pihak Vietnam dan mereka tendang jauh daripada gol mereka… dengan itu peluang untuk kita score (jaringkan gol) pun makin sukar,” katanya lagi.
Dr Mahathir berada di sini untuk menerima ijazah doktor kehormat dalam kepimpinan sosial, perniagaan san politik daripada RSU. – BERNAMA


loading...
loading...

0 Response to "[Video Penuh] Ini Yang Dilakukan Penyokong Vietnam Kepada Penyokong Malaysia Sejurus Perlawanan Tamat"

Catat Ulasan