loading...
Pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah sedang menanggung derita akibat perasaan hasad dengki manusia. Khabar terbarunya, melalui laporan MHE TV, pelbagai cara dan jalan sudah diambil, namun Nonny yang pernah menyertai Akademi Fantasia masih lagi diganggu oleh sihir.
Nonny mendedahkan bahawa dia sering muntah-muntah dan tidak ada selera makan sehingga mengganggu karier seninya kerana perkara pelik seperti itu hanya berlaku ketika dia di set penggambaran.
Ini kata Nonny:
“Saya muntah-muntah sehingga lemah badan. Nak bergerak pun tak boleh. Nak makan apatah lagi. Memang tak ada selera langsung. Saya hanya mampu terbaring seharian sehingga terpaksa batalkan penggambaran.
“Perkara ini bukan sekali dua. Saya sudah menanggung derita ini lebih dua tahun. Macam-macam ikhtiar saya buat. Jumpa ustaz, jumpa doktor tapi sampai sekarang, ‘benda’ itu masih ada”
Nonny sebelum ini ada berkongsi gambar menunjukkan dia sedang dirawat di hospital setelah dia menanggung derita tidak dapat minum dan makan selama tiga hari.
Tidak mahu menyebut mana-mana nama, sebenarnya Nonny tahu siapa yang buat. Akan tetapi Nonny hanya mampu reda dan mendoakan agar si pelaku sentiasa diberi ketenangan hidup dan dia seikhlas hati, memaafkan si polan itu.
Ini jelasnya lagi:
“Saya tahu siapa pelaku itu. Saya doakan dia diberi ketenangan dan hidupnya sentiasa diberkati. Mungkin dia belum puas dengan apa yang dilakukan terhadap saya selama ini.
“Ikhlas dari hati, saya maafkan dia dunia akhirat. Andai kata saya mati kerana perbuatan sihir ini, saya reda. Saya anggap ini ujian Tuhan.
“Saya tak mahu fikir banyak, tak mahu hidup diselubungi negativiti. Kita teruskan hidup dan percaya, Allah itu maha adil dan sentiasa sayangkan kita,”
Kesiannya Nonny, tak sangka sampai macam tu sekali kena.
Sementara itu, Nonny bakal tampil bersama Siti Nordiana dan Fikri Ibrahim menerusi drama terbaru berjudul Cekelat Honey.
Sumber – MHE TV
loading...
loading...
0 Response to "Tak cukup-cukup ke sihir saya? – Nonny"
Catat Ulasan