loading...
Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Malaysia akan turun berdepan Vietnam dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Namun, pasukan negara bakal turun tanpa tiga pemain yang menjadi tonggak penting sebelum ini.
Tiga pemain yang dimaksudkan ialah pertahanan tengah, Aidil Zafuan, pertahanan kiri, Syazwan Andik Ishak dan pertahanan kanan, Syahmi Safari. Aidil dan Syazwan berkemungkinan besar tidak dapat diturunkan kerana kedua-dua pemain mengalami kecederaan hamstring.
Ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe turut mengesahkan Aidil dan Syazwan tidak menyertai sesi latihan bersama rakan sepasukan yang lain.
“Mereka belum lagi dapat turun menjalani latihan bersama pasukan. Saya akan terus memantau tahap kecergasan mereka.
“Sesiapa pun diturunkan dalam perlawanan akhir esok, perlu beri impak dan semangat kepada pasukan seperti ditampilkan Syazwan dan Aidil,” katanya kepada
Seorang lagi pemain pertahanan, Syahmi Safari pula tidak dapat diturunkan akibat daripada penggantungan atas layangan kad merah yang diterima oleh pemain Selangor ini pada perlawanan separuh akhir kedua menentang Thailand di Bangkok.
Dengan ketiadaan tiga tonggak penting ini, Cheng Hoe terpaksa membuat sedikit pertukaran dalam kesebelasan utama dan pemain yang sebelum ini hanya memanaskan bangku simpanan bakal diturunkan.
Nazirul Naim bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Syazwan. Dua pemain iaitu Irfan Zakaria atau Adam Nor Azlin bakal berebut tempat untuk digandingkan dengan Shahrul Saad manakala Amirul Azhan Aznan akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Syahmi Safari.
Apa yang pasti, pemain gantian yang diturunkan dalam perlawanan malam ini perlu menampilkan persembahan terbaik mereka bagi memastikan Harimau Malaya mendapatkan bekalan selesa dengan beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri.
sumber:inikanbola
Jika berjaya memperoleh kelebihan pada perlawanan pertama, maka pasukan negara mempunyai peluang cerah untuk memenangi kejuaraan kali ini. Kali terakhir trofi Piala AFF dibawa pulang ke bumi Malaysia ialah pada edisi 2010 lalu.
Perlawanan akhir kedua akan berlangsung di Hanoi pada 15 Disember nanti.
loading...
loading...
0 Response to "Malaysia Turun Tanpa Tiga Tonggak Penting Malam Ini..."
Catat Ulasan