SinarHairan

IJN tidak benarkan pelawat buat Muhammad Adib untuk tiga hari

loading...
KUALA LUMPUR: Institut Jantung Negara (IJN) telah memohon larangan menerima kunjungan oleh pelawat terhadap anggota bomba yang cedera, Muhammad Adib Mohd Kassim untuk sekurang-kurangnya 48 hingga 72 jam akan datang.

Dalam satu kenyataan hari ini, IJN berkata larangan itu bagi membenarkan Muhammad Adib menjalani sesi fisioterapi tanpa gangguan dan dimasa yang sama mengelakkan berlakunya risiko jangkitan daripada pelawat yang hadir.

“Meskipun Muhammad Adib dalam proses penyembuhan yang progresif, dia masih dianggap berada dalam keadaan kritikal berikutan dua organ (paru-paru dan buah pinggang) masih memerlukan sistem sokongan (ECMO dan Dialisis),” menurut kenyataan itu.

BACA: Keadaan Adib makin baik - IJN

BACA: Muhamad Adib tunjuk 'thumbs up' kepada kami - Rosmah Mansor


BACA: Siti Hasmah ingin lihat sendiri keadaan Adib

Muhammad Adib sebelum ini mengalami kecederaan parah selepas dipercayai diserang oleh sekumpulan perusuh sewaktu operasi memadamkan kebakaran beberapa buah kenderaan di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya pada Selasa lalu.

loading...
loading...

0 Response to "IJN tidak benarkan pelawat buat Muhammad Adib untuk tiga hari"

Catat Ulasan