SinarHairan

MACAM TAK PERCAYA – Inilah Punca Utama Kenapa Penalti Thailand Pada Last Minit Tak

loading...
Masuk
HARIMAU Malaya menghadiahkan mimpi ngeri buat Thailand apabila mencatat keputusan seri 2-2 pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF sebentar tadi untuk mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.
Gol penyamaan penyerang Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-71 memastikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe menebus kekecewaan di pentas akhir 2014, apabila mereka disingkirkan menerusi agregat 4-3.
Namun Malaysia seharusnya berterima kasih kepada Adisak kerana sepakan penalti pada masa kecederaan di babak kedua melambung tinggi, sekali gus menyaksikan kedudukan kekal sehingga permainan tamat.
Ini kali keempat Malaysia mara ke final selepas muncul juara 2010 dan naib juara 1996 dan 2014.
Selepas seri 0-0 pada perlawanan pertama di Bukit Jalil, Sabtu lalu, hanya kemenangan bakal meloloskan Gajah Perang ke pentas akhir, lantas jurulatih Milovan Rajevac melakukan dua pertukaran apabila memasukkan Mongkol Thosakrai dan Philip Roller untuk menguatkan pasukan.
Manakala Cheng Hoe kehilangan bek kiri Syazwan Andik akibat kecederaan hamstring memberi ruang kepada Nazirul Naim Che Hashim beraksi buat kali pertama.
Selepas persembahan buruk pada aksi pertama, Thailand memperlihatkan reputasi mereka selaku juara lima kali Piala AFF dengan mendominasi permainan sebaik permainan bermula.
Thailand yang kebal di laman sendiri apabila tidak pernah kalah kepada Harimau Malaya sejak 2004 membuat percubaan pada minit ke-17, namun penjaring terbanyak kejohanan Adisak gagal menolak masuk bola di depan gawang.
Kebimbangan dirasai Cheng Hoe apabila pertahanan tengah, Aidil Zafuan Abd Radzak terpaksa digantikan dengan Irfan Zakaria akibat kecederaan pada minit ke-18.
Tiga minit selepas dimasukkan, nasib malang menimpa Irfan apabila menjaringkan gol sendiri ketika cuba mengeluarkan bola tandukan Thitiphan Puangjan untuk menceriakan lebih 40,000 penyokong tuan rumah.
Namun, keceriaan itu tidak kekal lama apabila rembatan padu dari jarak jauh pemain pertahanan, Syahmi Safari membuatkan penjaga gol Thailand Chatchai Bootprom terpaku sekali gus menjadikan kedudukan 1-1.
Harimau Malaya boleh mematikan semangat Thailand lebih awal pada separuh masa kedua, namun penyerang Norshahrul atau Mat Yo mensia-siakan peluang dengan merembat tinggi bola hantaran Mohamadou Sumareh.
Pasukan tuan rumah akhir kembali di depan apabila bola sepakan percuma pemain gantian, Sumanya Purisay ditanduk masuk Pensa Hemviboon pada minit ke-63.
Namun Norshahrul membuatkan penyokong Gajah Perang terdiam apabila meledak gol penyamaan iaitu jaringan kelima peribadi dalam kempen kali ini.
Di penghujung permainan, kesilapan Syahmi menampan bola menggunakan tangan menghadiahkan sepakan penalti buat Thailand, namun Adisak gagal menyempurnakan peluang keemasan itu.
Lawan Harimau Malaya di akhir pada aksi timbal balik dijadualkan pada 11 dan 15 Disember ini – bakal ditentukan sama ada Vietnam atau Filipina dalam satu lagi aksi separuh akhir, esok.
loading...
loading...

0 Response to "MACAM TAK PERCAYA – Inilah Punca Utama Kenapa Penalti Thailand Pada Last Minit Tak"

Catat Ulasan