“Hutang kepada sesiapa pun wajib dibayar. Jadi PTPTN pun dia wajib bayar.
“Kalau dia bagi biasiswa lain, ini hutang,” kata Harussani ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan isu pembayaran semula hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
BACA: Awas ... Peminjam PTPTN tak boleh lari!BACA: Ini reaksi netizen mengenai kadar pembayaran balik PTPTN
Isu tersebut mencuri perhatian awam susulan pengumuman Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan bahawa perbadanan itu akan berhubung terus dengan majikan untuk memotong gaji peminjam bagi melangsaikan hutang PTPTN mereka.
Wan Saiful berkata bayaran melalui Potongan Gaji Berjadual (PGB) akan dikenakan serendah RM40 sebulan dengan gaji minima RM2,000 sebulan.
Potongan dibuat serendah 2 peratus sehingga 15 peratus mengikut tangga gaji, manakala peminjam yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan akan diberikan pelepasan daripada pemotongan ini.
Sementara itu, Harussani menggesa semua individu yang berhutang untuk melunaskan tanggungjawab mereka, khasnya penghutang PTPTN yang beragama Islam.
Beliau berkata hukum Islam mewajibkan pembayaran semula hutang, walaupun dengan bapa sendiri.
“Hutang ialah satu perkara yang cukup berat. Dia bukan berakhir di dunia, dia akan sampai di akhirat. Sekiranya kita berhutang di dunia ini dan kita tidak bayar, hutang itu akan dipotong daripada pahala yang ada,” tambahnya.
Menurutnya, pembayaran semula hutang amat penting sehingga undang-undang Syariah sedia ada digubal untuk memudahkan pembayaran semula hutang sekiranya penghutang meninggal dunia dengan hutang tertunggak.
“Di dunia ini, anak kita wajib bayar hutang kita (selepas meninggal dunia). Sebelum dibahagikan fara'id selepas meninggal dunia, sebelum dibahagikan harta, hendaklah ditolak dulu hutang baru boleh fara’idkan harta seseorang,” tambahnya.
0 Response to "Isu PTPTN: 'Hatta dengan bapa sendiri pun, hutang mesti dibayar' - Harussani"
Catat Ulasan