loading...
Saksi pertama kes jenayah membabitkan selebriti popular tanah air iaitu Datuk Farid Kamil memberitahu Mahkamah Majistret, bahawa tertuduh telah menamparnya sekali dan menendangnya sebanyak dua kali.
Mengulas lanjut insiden berkenaan, saksi berkenaan bernama Ashraf Ahmad, 35 tahun, berkata selain dirinya, Farid turut menampar pipi kiri anggota polis berkenaan sambil memaki hamun polis sebelum dia ditenangkan oleh dua orang awam lain.
Ini kenyatan saksi berkenaan:
“Farid mula bertindak agresif apabila dia secara tiba-tiba menjerit ke arah saya dan polis itu dengan mengatakan ‘kau kenal siapa aku?’ sebelum menampar saya di pipi kiri sehingga saya pening dan telinga berdesing.”
“Anggota polis menyuruh Farid yang ketika itu dalam keadaan bergari supaya duduk di lantai, namun dia sempat menendang saya di bahagian perut sehingga senak dan Farid kemudian berlari ke dalam tandas.
“Selepas Farid bertindak agresif, beberapa anggota dari Balai Polis Mutiara Damansara datang untuk memberi bantuan dan dalam pada itu, Farid sempat menendang saya di bahagian kemaluan saya,”
Bercerita kembali mengenai kejadian pada 11 Januari lalu, Ashraf yang sedang memandu kereta Perodua Myvi terlihat pelakon berkenaan di tepi Jalan Tropicana. Ketika itu, Farid Kamil sedang berjalan sendirian tanpa memakai baju dan seolah-olah meminta bantuan kerana disamun.
“Ketika itu, kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, hujan renyai-renyai dan selepas melihat beberapa kereta tidak membantu, saya membuat pusingan untuk mendekati lelaki berkenaan sebelum menyedari lelaki itu adalah Farid Kamil.
“Farid meminta saya menghantarnya ke balai polis kerana mendakwa dirinya kemalangan dan kemudian saya membawanya ke Balai Polis Trafik Kota Damansara,”
Tambahnya, dia hanya mula menyedari pealkon berkenaan berkelakuan pelik dalam perjalanan ke balai polis, apabila tertuduh bertindak menarik stereng kereta berkali-kali sehingga dia terpaksa menegur perbuatan pelakon itu selain meminta baju-T yang sedang dipakainya.
“Apabila sampai di balai polis, kami terus ke bahagian kaunter dan Farid terus menunjukkan kepada salah seorang anggota di situ mengenai satu artikel ‘300 artis hutang ah long’ di dalam telefon bimbitnya sebelum dimaklumkan untuk ke Balai Polis Sunway Giza bagi kes jenayah.
Ashraf berkata demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran pada hari pertama perbicaraan kes empat pertuduhan jenayah pelakon itu di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham di sini.
Ketika disoal oleh Alia Sumayyah jika dia ada mendapatkan rawatan ekoran perbuatan pelakon itu, dia memaklumkan ada pergi ke Hospital Sungai Buloh pada malam hari kejadian untuk membuat pemeriksaan dan doktor telah mengesahkan tiada kecederaan serius berlaku.
Farid Kamil telah diwakili peguam Megat Syazlee Mokhtarom.
Pada 16 Januari lepas, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangkan cedera, menggunakan kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.
Perbicaraan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham akan bersambung pada 12 Disember ini.
Sumber: Astro Awani / Bernama / PenMerah
loading...
loading...
0 Response to "Farid Kamil jerit ke arah saya dan berkata “kau kenal siapa aku?”.. Kemudian tampar pipi saya"
Catat Ulasan