SinarHairan

Suami Kena Gari Dengan Isteri.

loading...

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Suami mana tidak seram kalau kena ’gari’ dengan isteri kalau hendak ke mana-mana?

Bagaimanapaun, itu hanya gurauan antara Jufri Jaffar, 30, dan isterinya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga minggu lalu apabila gambarnya digari isteri tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Jufri, gambarnya itu di ambil oleh kawannya ketika singgah di kedainya dan di muat naik dalam laman media sosial.

“Saya terkejut juga sebenarnya bila dimuat naik oleh rakan saya tetapi saya anggap sebagai guraun sahaja dan tidak sangka gambar itu tular.

“Kalau tanya komen positif, saya anggap ikatan tali itu dijagalah elok-elok. Jangan mudah diputuskan yang mana faham. Baguslah!” ujarnya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Menurut Jufri, dia berharap orang ramai di luar sana tidak terlalu serius dengan perkongsian gambar tersebut memandangkan itu hanyalah jenaka antara kawan-kawan rapatnya.

“Saya harap tiadalah yang sentap atau menghambur kata-kata fitnah antara saya dan isteri. Isteri saya bukan macam itu sebenarnya, dia seorang yang memahami,” ujarnya.

Gambar Jufri digari isteri tular di media sosial dengan mendapat perkongsian 5,487 selain mendapat tanda suka oleh lebih 15 ribu pelayar media sosial.

Perkongsian gambar itu menerima respon pelbagai pihak yang rata-rata menyifatkan itu memang sering berlaku buat pasangan yang baru sahaja berkahwin.-UTUSAN ONLINE
loading...
loading...

0 Response to "Suami Kena Gari Dengan Isteri."

Catat Ulasan