SinarHairan

Kenapa Dia Malukan Saya Depan Orang Ramai

loading...

Pelakon, Lufya Omar terkilan dengan sikap biadap seorang artis veteran yang mempersenda susuk tubuhnya yang berisi selepas melahirkan anak ketika bertemu pada sebuah majlis, baru-baru ini.

Lufya, 33, berkata, dia terguris dengan perlakuan artis veteran itu yang seolah-olah sengaja mahu memalukannya di depan orang ramai, sedangkan dia berusaha keras mendapatkan semula berat badan ideal sejak hampir setahun lalu .

"Bayangkan, dia dengan selamba mempersenda bentuk tubuh saya yang berisi depan orang ramai, sebelum berlalu pergi. Apa tujuan dia berbuat begitu?

"Mungkin ada yang menganggap ini perkara kecil, tetapi sebagai manusia, semestinya saya terasa. Apatah lagi kejadian itu berlaku depan ramai orang.

“Jika dia mahu memberikan nasihat supaya saya menjaga penampilan selepas menjadi ibu, saya boleh terima. Tetapi, apa yang dikatakannya itu tidak berhemah dan sangat mengguris perasaan," katanya.

Tambah Lufya, dia yakin, di luar sana ramai wanita berdepan situasi yang sama. Baginya, perbuatan memperlekeh susuk tubuh seseorang boleh menghilangkan semangat mereka yang berusaha keras mendapatkan semula berat ideal.

Pelakon yang popular menerusi drama, Ramadan Jangan Pergi itu berkata, sudah tiba masa untuk masyarakat membuka minda dan tidak mengeluarkan perkataan yang seolah-olah sengaja mempersenda fizikal orang lain.

"Setiap orang ada dugaan dan cabaran tersendiri dalam usaha mendapatkan berat yang diimpikan. Saya juga sedang melalui situasi itu.

“Walaupun berjaya menurunkan lebih 20 kilogram selepas melahirkan bayi sulung hampir setahun lalu, saya masih bersusah payah menurunkan berat supaya nampak lebih menarik di skrin televisyen," ujarnya.

Menurut Lufya, sebelum ini, dia sanggup tolak beberapa tawaran berlakon kerana belum bersedia untuk muncul di skrin televisyen kerana perubahan susuk tubuhnya.

"Alhamdulillah, berat badan saya sudah mencecah 68 kilogram dan saya sedang berusaha untuk susut lagi. Mungkin dalam sebulan lagi baru saya yakin dan bersedia untuk kembali aktif berlakon," katanya. - Berita Harian Online
loading...
loading...

0 Response to "Kenapa Dia Malukan Saya Depan Orang Ramai"

Catat Ulasan