loading...
Penjual sate, Zulkhairul Kople, 28, mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan perlakuan seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, di Perumahan Komuniti Bersepadu, Paya Serai, Pekan, kira-kira 4 petang, 10 September lalu.
Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dipenjarakan tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Tertuduh juga didakwa melakukan ugutan jenayah dengan tujuan menakutkan mangsa pada tempat, masa dan tarikh yang sama, sekali gus melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun denda atau kedua-duanya sekali.
Siti Aminah kemudian mengarahkan tertuduh diikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin dan memutuskan 14 November ini untuk sebutan semula kes.
Beliau juga mengarahkan tertuduh tidak mengganggu mangsa dan pendakwaan turut dilakukan oleh Farahah. - Harian Metro
loading...
loading...
0 Response to "Mengaku Tak Bersalah Paksa Budak Perempuan Berusia 12 Tahun."
Catat Ulasan