loading...
Zulin menceritakan perancangan perkahwinannya yang tidak kesampaian itu dalam Instagramnya .
Perkara berkenaan dikongsikan Zulin, 29, menerusi akaun Instagramnya semalam dengan memberitahu segala perancangan menuju hari bahagianya termasuk lagu khas yang dicipta untuk bakal suaminya tidak menjadi kenyataan.
"Saya pernah berkongsi tentang perancangan untuk berumahtagga bersama jejaka yang dikenali sejak tahun lalu. Ya, saya sudah bersedia. Itulah doa dalam tahajud saya.
"Akhirnya saya dipertemukan dengan dia yang menerima saya apa adanya. Saya sangat bahagia dan bersungguh-sungguh kuruskan badan sebab mahu kelihatan cantik pada hari perkahwinan kami.
"Segalanya sudah dirancang dan hanya tinggal untuk dia dan keluarganya datang ke sini seperti dijanjikan. Kita hanya merancang tetapi Allah sebaik-baik perancang. Hubungan kami gagal, jodoh tidak panjang," tulisnya.
Dalam perkongsian itu, Zulin tidak menyatakan sebab mengapa perhubungan itu terlerai kerana ia terlalu peribadi.
Namun pada masa Zulin menafikan berita tersebut adalah gimik daripadanya.
"Sebabnya saya tidak dapat kongsi. Ia terlalu peribadi. Hati saya hancur hanya Allah yang tahu," katanya.
"Untuk apalah saya mahu buat gimik? Kalau mahu cari publisiti murahan bukan ini caranya," katanya. - K! ONLINE
loading...
loading...
0 Response to "#HANCUR ~ Zulin Aziz tidak jadi kahwin dengan kekasih misteri"
Catat Ulasan