SinarHairan

#HOT ~ “Saya Tidak Terlibat Dengan Penyalahgunaan Dadah, Hanya…”- Intan Najuwa

loading...

Pelakon Intan Najuwa akui terkejut apabila dimaklumkan namanya tersenarai sebagai saksi dikehendaki bagi prosiding berkaitan kes dadah

 Pun begitu, Najuwa akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis selepas namanya tersenarai sebagai orang dikehendaki polis kerana sudah menerima notis untuk hadir ke mahkamah di Shah Alam.

 "Saya sudah menerima notis untuk hadir ke mahkamah dan saya akan beri kerjasama sepenuhnya seperti diminta," katanya.

 Bagaimana pun, Najuwa menjelaskan dia tidak terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah seperti disangka sebaliknya hanya diminta tampil sebagai saksi bagi membantu siasatan polis.

 Kata Intan, kes itu sebenarnya sudah lama berlaku iaitu kira-kira tiga tahun lalu namun perbicaraan masih lagi berlangsung.

 "Tidak... Saya tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah hanya diminta tampil sebagai saksi sahaja.
 "Kalau betul saya ada terlibat dengan salah guna barang terlarang itu, saya mungkin tiada dalam industri sekarang," jelasnya. 

  Sumber
loading...
loading...

0 Response to "#HOT ~ “Saya Tidak Terlibat Dengan Penyalahgunaan Dadah, Hanya…”- Intan Najuwa"

Catat Ulasan