SinarHairan

Putin Pesan Kepada Ayah Khabib 'Janganlah Hukum Khabib Terlalu Berat'

loading...

Presiden Rusia Vladimir Putin mengingatkan bapa Khabib Nurmagomedov supaya tidak mengenakan hukuman terlalu berat ke atas anaknya selepas kemenangan anaknya di UFC 229 hujung minggu lalu.

Selepas meraih kemenangan Sabtu lalu dengan menewaskan Conor McGregor, Khabib pulang sebagai hero negara, lebih 10,000 peminat menantikan kepulangan beliau di tanah kelahirannya di Dagestan, Rusia.

‘Drama’ di antara Khabib dan McGregor pada pusingan keempat dalam pertarungan yang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat itu apabila bintang seni kelahiran Rusia mempamerkan kuncian ‘rear naked choke’ pada minit 3.03.

Hampir mengakhiri 'showdown' itu, bintang seni bela diri kelahiran Ireland McGregor kelihatan seakan hampir kehabisan tenaga sebelum pertarungan dibawa ke ‘ground’.

Selepas kemenangan anaknya, portal berita di seluruh dunia dihangatkan dengan tajuk berita berhubung 'amaran keras' bapa Khabib yang merupakan bekas peninju Rusia Abdulmanap Nurmagomedov. Abdulmanapa yang menonton aksi anaknya di kampung halaman mereka di Rusia dilaporkan berkata, hukuman berat bakal menanti anaknya apabila Khabib pulang ke rumah.

Namun, apabila dijemput untuk berjumpa Presiden Rusia yang cukup digeruni oleh pemerhati politik dan geopolitik dunia berkenaan, Abdulmanap diingatkan Putin supaya ‘jangan terlalu berat menghukum anaknya…’ - Astro AWANI
loading...
loading...

0 Response to "Putin Pesan Kepada Ayah Khabib 'Janganlah Hukum Khabib Terlalu Berat'"

Catat Ulasan