SinarHairan

#GAMIT NOSTALGIA ~ Adibah Noor ajak peminat tulis surat

loading...
Adibah Noor 

 PENYANYI Adibah Noor mempunyai caranya tersendiri untuk merapatkan hubungan dengan para peminat dan pengikutnya di laman sosial.

 Jika sebelum ini Adibah aktif berkongsi pelbagai info menarik selain memberi tips berbahasa Inggeris dengan betul, kali ini penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini mengajak pengikutnya untuk saling berbalas surat.

 Idea itu tercetus apabila Adibah berkongsi sebuah artikel daripada sebuah portal tentang zaman berutus surat tinggal nostalgia.

 “Jom kembalikan keseronokan menulis dan menerima surat. Ini tidak, dalam post box semuanya bil.


“Kalau you all nak I tulis surat kat you, DM me your alamat. Tapi mesti balas ya surat I nanti tau,” tulisnya.

 Cadangan Adibah itu mendapat respons yang cukup positif daripada para pengikutnya di laman itu yang turut sama mahu menyertai.

 Tidak hanya sekadar kata, Adibah telahpun mula menulis surat kepada peminat dan pengikutnya, termasuklah salah seorangnya daripada Australia.

 “1st batch going out today. Paling jauh... ialah western australia. Long queue... sabar ya. I will eventually reach you,” tulisnya dalam posting terbaharunya hari ini.

credit 
loading...
loading...

0 Response to "#GAMIT NOSTALGIA ~ Adibah Noor ajak peminat tulis surat"

Catat Ulasan