SinarHairan

(Video) Tragis, Akibat Cuba Bergambar, Lelaki Tergelincir Dari Air Terjun Setinggi 50 Kaki

loading...

Satu rakaman mengejutkan menunjukkan seorang lelaki India terjatuh dari air terjun setinggi 50 kaki selepas cuba bergambar di kawasan tersebut.

Subrat Nag, 24, dilihat kehilangan imbangan ketika berdiri dan jatuh secara meluncur ke bawah cerun licin di Air Terjun Gali Gabdar.


Rakan-rakannya yang berada di situ dilihat tidak mampu berbuat apa-apa dalam kejadian yang dirakamkan di daerah Koraput, Odisha pada hari khamis lalu.



Menurut sumber, saluran TV tempatan menunjukkan Nag yang mengalami pendarahan diusung naik ke atas bukit oleh rakan-rakannya.

Dia didapati tidak sedarkan diri semasa dibawa ke CHC Pottangi sebelum dipindahkan ke Klinik Kolej Perubatan Koraput ketika keadaannya semakin memburuk.

Nag yang bekerja di pusat membeli-belah Bazar Meena, difahamkan dalam keadaan kritikal tapi stabil.

Pihak polis sedang menyiasat kemalangan tersebut.

Dalam kejadian sama dua hari lalu, seorang pemandu maut disebabkan seekor beruang ketika cuba bergambar dengan makhluk berkenaan.

(Video) Lelaki Maut Gara-Gara Mahu 'Berselfie' Dengan Beruang


Siakapkeli.my

Sumber : The Sun UK
loading...
loading...

0 Response to "(Video) Tragis, Akibat Cuba Bergambar, Lelaki Tergelincir Dari Air Terjun Setinggi 50 Kaki"

Catat Ulasan