loading...
Kuala Lumpur, 16 Mei - Rumah Bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, telah dimasuki oleh sepasukan polis sebentar tadi.
Media melaporkan lebih dari sedozen kereta dan trak polis dilihat menuju masuk ke rumah bekas pemimpin negara terbabit sebentar tadi.
Bernama menerusi satu video melaporkan pada 8.18 malam, sebuah kereta Toyota Vellfire yang dipercayai dinaiki oleh Najib keluar dari kediaman rumah terbabit sebelum pulang semula pada jam 9.53 malam.
Tidak lama selepas itu, iaitu pada 10.15 malam, beberapa kereta dan trak polis dilihat memasuki kawasan kediaman terbabit sebelum membawa keluar beberapa kotak dokumen dari rumah berkenaan.
Dipercayai kotak-kotak terbabit mengandungi dokumen-dokumen yang berkaitan dengan 1MDB yang kini sedang berada dalam siasatan.
Turut difahamkan polis turut berada di empat lagi lokasi iaitu di Kompleks Seri Perdana, Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Pavilion Tower A dan Pavilion Tower B.
Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan dibuat pihak polis berhubung perkembangan terkini ini.
Sebelum itu, akaun Twitter Najib Razak telah memuat naik beberapa foto Najib menunaikan solat terawih di Masjid Kampung Baru.
Hadis Riwayat Bukhari, “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” Alhamdulillah malam ini dapat solat sunat terawih di Masjid Kg Baru. Semoga kita semua sentiasa diberkati Allah SWT. pic.twitter.com/3hb2Be6EHB— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 16, 2018
loading...
loading...
0 Response to "Terkini: Polis Masuk Kediaman Najib, Bawa Keluar Sejumlah Kotak"
Catat Ulasan