loading...
Apa sahaja kelakuan bayi pasti akan nampak comel dan mencuit hati ibu-bapa yang melihat karenah anak kecil mereka.
Oleh kerana anak-anak ini masih belum boleh berkata-kata dan menyuarakan apa yang mereka mahu, ibu bapa hanya bergantung kepada isyarat dan tindak balas kelakuan mereka untuk mengetahui kemahuan mereka sama ada lapar, mengantuk atau sakit.
Bagaimanapun, menggosok mata bukanlah satu petanda bayi itu mahu tidur sahaja, tetapi juga membawa beberapa maksud lain yang mungkin kita tidak tahu.
Mari ikuti perkongsian dari
Momjunction mengenai maksud-maksud kelakuan bayi yang menggosok mata dan cara bagi mengelakkan mereka kerap menggosok mata.
1. NAK TIDUR
Apabila anda nampak si bayi sudah menggosok mata dan menguap, ini menandakan waktu tidur mereka sudah tiba. Tapi kenapa nak kena gosok mata pula? Ini kerana, dengan menggosok mata dapat membantu untuk mengurangkan mata yang keletihan.
2. MATA KERING
Apabila mata kita terlalu terdedah dengan udara dan persekitaran luar dalam jangka masa yang lama, sudah pasti lapisan air dalam mata kita akan kering. Perkara ini juga berlaku kepada mata bayi dan menyebabkan mereka akan menggosok mata. Apabila mereka menggosok mata, ia akan membantu pengeluaran air di dalam mata untuk menghilangkan rasa kering.
3. MEMPELAJARI TINDAK BALAS SENDIRI
Mungkin ini adalah salah satu sebab yang tidak dapat dijangka oleh ibubapa. Ia mungkin disebabkan oleh perkembangan motor yang membolehkan si manja untuk menyentuh dan mengenali benda-benda baru. Jadi, kalau ibubapa nampak bayi menggosok mata sebelum waktu tidurnya, mereka mungkin sedang mempelajari tindak balas badan mereka sendiri
4. TERDAPAT BENDASING DALAM MATA
Ini yang paling merisaukan para ibubapa bila anak suka menggosok mata. Keinginan si bayi untuk menggosok sebagai salah satu cara untuk mengeluarkan benda di dalam mata mungkin akan menyebabkan mata luka. Ini akan menyebabkan mata mereka bengkak dan sakit. Elakkan bayi menggosok mata, ibubapa boleh menggunakan kapas yang dicelup di dalam air supaya habuk boleh dikeluarkan.
CARA ELAKKAN BAYI SELALU MENGGOSOK MATA
1. MEMAKAI SARUNG TANGAN
Salah satu cara untuk mengelakkan bayi menggosok mata adalah dengan pakaikan sarung tangan. Dengan cara ini, mata mereka juga akan terpelihara dari digosok dengan melampau. Nak gosok mata bila dah pakai sarung tangan ini pun selamat lah sikit kan.
2. MEMBERI ALAT PERMAINAN UNTUK ALIHKAN PERHATIAN
Alihkan perhatian si bayi apabila mereka mahu mula menggosok mata adalah cara yang boleh digunakan. Pegang tangan mereka dan berikan barang mainan supaya mereka tidak terlampau terikut dengan ‘habit’ untuk menggosok mata.
loading...
loading...
0 Response to "Bayi Gosok-Gosok Mata Memang Nampak Comel, Tapi Mak Ayah Perlu Tahu Empat Sebab Kenapa Mereka Sering Gosok Mata"
Catat Ulasan