loading...
BijakThere 4:01 PM Berita Comment
KUALA LUMPUR: Exco kerajaan negeri Perak, Dr. Abdul Aziz Bari bakal dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan dalam isu menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, Abdul Aziz akan dipanggil untuk memberi keterangan kerana dikatakan mendapat tawaran jawatan dan sebagainya.
"Ya, pihak kami telah mendapat laporan daripada orang ramai.
"Setakat saya dimaklumkan SPRM Perak, kertas siasatan telah dibuka dan SPRM akan menjalankan siasatan.
"Kita kena dapatkan keterangan saksi-saksi dan tadi pegawai penyiasat memaklumkan dia akan panggil YB Abdul Aziz Bari secepat mungkin untuk mendapat penjelasan daripada beliau," katanya lagi.
Sebelum Ini, Abdul Aziz menafikan tuduhan beliau merupakan individu yang mahu menjatuhkan Ahmad Faizal.
Menurut Abdul Aziz, tuduhan Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad merupakan gimik murahan dan tidak logik untuk dilaksanakan.
Abdul Aziz turut mencabar Saarani supaya menunggu sehingga habis Persidangan Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan berakhir esok sama ada berlaku atau tidak usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.
loading...
loading...
Related Posts :
Wasiat Nabi Muhammad SAW, Ketika Islam Hanya Tinggal Nama
Baginda Rasulullah SAW Bersabda :
“Akan datang suatu Zaman pada manusia, dimana pada waktu itu tidak tinggal Islam kecuali namanya saja… Read More...
'Dah tegur jangan merokok sebab ada baby di belakang, marah pula'
KUALA LUMPUR - Berang ditegur jangan merokok. seorang lelaki bertindak mencampak puntung rokoknya kepada lelaki yang menegurnya itu. … Read More...
Sekitar Suasana Hari Raya Rozita Che Wan (23 Gambar)Pada: Rabu, 28 Jun 2017
Anak Artis, Baju Raya, Fesyen Baju, Gambar Artis, Hari Raya, Instagram, Keluarga Artis, Pelakon, Rozita Che Wan, Sua… Read More...
8 Sunnah Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri & Hidup Sihat
Pernahkah anda terdengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk?
Sebenarnya Rasulullah banyak mencontohkan kepada kita bagaima… Read More...
Sekitar Suasana Hari Raya Rozita Che Wan (23 Gambar)Pada: Rabu, 28 Jun 2017
Anak Artis, Baju Raya, Fesyen Baju, Gambar Artis, Hari Raya, Instagram, Keluarga Artis, Pelakon, Rozita Che Wan, Sua… Read More...
0 Response to "Dr Abdul Aziz Bari akan dipanggil dalam masa terdekat - SPRM"
Catat Ulasan