Terbaru, pengacara no satu Malaysia, Aznil Haji Nawawi yang lebih mesra dipanggil Paknil telah memuat naik sebuah IG Story di laman Instagramnya.
Video tersebut merakamkan luahan hati Paknil berkenaan gangguan yang diterimanya daripada sepasang suami isteri misteri belakangan ini. Menurut Paknil pada hari lahirnya baru-baru ini, beliau telah menerima sebuah kek dan sepucuk surat daripada lelaki tersebut.
Surat itu berisi lamaran daripada wanita yang dipercayai isteri kepada lelaki yang mengirimkan kiriman tersebut. Tambah Paknil sebelum ini juga dia pernah menerima surat yang sama daripada pengirim yang sama.
Setelah diselidik, ternyata lelaki si pengirim dan wanita tersebut adalah sepasang suami isteri, bahkan pasangan itu juga sudah mempunyai 6 orang cahaya mata! Ujar Paknil dia tidak mengetahui apa motif di sebalik kiriman surat lamaran tersebut apabila wanita tersebut masih lagi bergelar isteri kepada lelaki tersebut.
Pengacara popular itu juga menyatakan yang dia tidak mahu terlibat dalam masalah rumah tangga individu lain. Oleh itu, bagi mengelakkan tuduhan ataupun sebarang masalah timbul pada masa akan datang, Paknil membuat pendedahan secara terbuka ini untuk menegaskan bahawa jika gangguan tersebut masih berterusan, beliau tidak akan teragak-agak untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Ekoran daripada video pendedahan tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut atas apa yang dilalui oleh Paknil, serta meninggalkan pesanan supaya beliau lebih berjaga-jaga selepas ini.
Sumber : IG Paknil
0 Response to "Diganggu dengan surat lamaran dari isteri orang, Paknil bimbang dituduh jadi orang ketiga"
Catat Ulasan