Jelas Menterinya, Gobind Singh Deo, kementerian ketika ini sedang berbincang dengan semua pihak lain termasuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung perkara ini.
"Kami sudah mula berbincang isu ini dengan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.
"Antara isu yang dibincangkan termasuk mengenal pasti, sama ada polis atau SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan mengambil tindakan jika Akta ini dipinda," kata Gobind dalam satu sidang media di sini, pada Isnin.BACA: Polisi Keselamatan Siber Kebangsaan dibentang Mac 2019 - Gobind
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan memandang serius ancaman siber terhadap kanak-kanak termasuk pengantunan kanak-kanak yang akan menggugat kelestarian kesejahteraan kanak-kanak.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata kanak-kanak yang menggunakan media sosial, 'open platform education' dan aplikasi digital dalam aspek pendidikan untuk mendapatkan maklumat dan interaksi sosial berdepan ancaman siber seperti pornografi, 'sexting' dan buli siber yang semakin menular.
0 Response to "Buli siber bakal diletakkan di bawah Kanun Keseksaan?"
Catat Ulasan