SinarHairan

“2 jam cikgu tunggu, tiada seorang pun yang datang kelas…” – Kecewa dengan sikap pelajar, guru ini luah rasa kecewa

loading...

Orang kata guru itu ibarat lilin yang menerangi kehidupan pelajar, tanpa keberkatan ilmu yang diberi oleh seorang guru mana mungkin kita boleh berjaya sehingga kini.

Namun baru-baru ini di laman sosial, ada seorang cikgu yang dikenali sebagai Harlyana Harun telah memuat naik status di Facebook meluahkan perasaan kecewa apabila pelajarnya tidak hadir ke kelas tambahan yang diadakannya, walaupun pelajar tersebut yang meminta cikgu tersebut mengadakan kelas tambahan.

Luahan daripada cikgu tersebut telah tular di Twitter, apabila salah seorang anak muridnya telah menularkan kisah cikgu tersebut sehingga menerima 11 ribu ReTweet.

Guru yang dikenali sebagai Nur Harlyana Harun telah meluahkan kekecewaan terhadap pelajarnya apabila kelas tambahan yang diadakan tidak dihadiri oleh pelajarnya, menyebabkan dia menunggu selama 2 jam di makmal sains.

Pada mulanya pelajar kelasnya ada menghubunginya mengadu bahawa solat kertas kimia tidak tersenarai dalam surat makluman final touch Sijil Penilaian Malaysia (SPM), dan meminta cikgu Harlyana mengadakan kelas tambahan.

Namun apabila tiba pada masa yang ditetapkan, pelajarnya tidak hadir selepas 2 jam menunggu. Janji yang dibuat antaranya dengan pelajar, telah dimungkiri pelajarnya pada saat akhir.

Di ruangan komen, rata-ratanya tidak bersetuju dengan sikap pelajar tersebut yang disifatkan memungkiri janji, sehingga menyusahkan cikgu tersebut.

Jangan apabila tidak mendapat keputusan yang baik, cikgu pula dipersalahkan. Netizen juga meminta agar kisah ini memberi pengajaran kepada pelajar lain supaya perlu menjaga hati guru.

Sumber : Twitter

loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "“2 jam cikgu tunggu, tiada seorang pun yang datang kelas…” – Kecewa dengan sikap pelajar, guru ini luah rasa kecewa"

Catat Ulasan