SinarHairan

169 kakitangan kontrak ISN dipanggil semula - Syed Saddiq

loading...
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengambil semula 169 daripada 303 kakitangan kontrak Institut Sukan Negara (ISN) yang tidak disambung sebelum ini.

Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, baki kakitangan yang tidak diserap akan dimasukkan ke dalam agensi atau skim latihan yang bersesuaian. 

Sebuah akhbar pada Jumaat melaporkan, semua 303 kakitangan terbabit hanya dimaklumkan mengenai kedudukan mereka sebulan sebelum tarikh akhir kontrak ditamatkan.

Menerusi surat yang diterima, kontrak perkhidmatan mereka akan tamat pada 31 Disember 2018.

BACA: Masa depan 303 pekerja kontrak ISN ditentu dalam mesyuarat tengah hari ini?

Sementara itu, pihak ISN pula memaklumkan, tidak dapat memastikan sama ada kontrak itu akan disambung atau tidak pada tahun hadapan.

Surat itu menyebut, kedudukan mereka tertakluk kepada situasi kewangan ISN dan bergantung kepada penstrukturan semula program latihan atlet yang akan diselaraskan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) nanti.

BERITA LANJUT MENYUSUL

loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "169 kakitangan kontrak ISN dipanggil semula - Syed Saddiq"

Catat Ulasan