loading...
Norma kehidupan apabila seseorang itu menghadapai tekanan setelah penat bekerja dan menguruskan rutin seharian. Walaubagaimanapun, jika tekanan ini terus mengganggu anda untuk jangka masa panjang, anda mesti ambil perhatian yang serius kerana ianya boleh menjejaskan kesihatan.
Ramai doktor mendakwa ia boleh menyebabkan penyakit yang berlainan. Berikut adalah beberapa penyakit yang menunjukkan tubuh anda dipengaruhi oleh tekanan yang berlebihan.
Penyakit pertama adalah penyakit kulit. Psoriasis, jerawat dan penyakit kulit lain adalah mungkin disebabkan tekanan yang dihadapi. Penyelidikan telah dilakukan kepada golongan pelajar oleh para saintist dan hasil menunjukkan tahap tekanan psikologi dan kulit mempunyai sambungan yang tinggi.
Hasil Experimen ke atas seekor tikus juga hampir sama kerana haiwan lebih cenderung untuk hadapi tekanan tinggi yang lebih mudah terdedah kepada jangkitan kulit.
Kesan kedua adalah perubahan berat badan yang ketara. Anda mungkin pernah mengalamai di mana anda telah mengamalkan diet yang sihat dan senaman fizikal namun tetap tidak dapat mengurangkan berat badan. Tubuh badan yang sedang tertekan akan menaikkan hormon cortisol di mana ia menstabilkan metabolisme lemak dan karbohidrat dan mengekalkan kadar gula yang diperlukan dalam darah.
Sekiranya tubuh badan seseorang mempunyai hormon ini secara berlebihan, individu tersebut akan mengambil pemakanan yang lebih banyak. Kemudian tubuh badan akan menghasilkan testosteron yang lebih sedikit, dan akan membakar lebih sedikit kalori, yang menghasilkan berat badan naik.
Ada kalanya tekanan dan kecemasan menyebabkan individu kehilangan berat badan. Tahap peningkatan Adrenalin dalam darah akan meningkatkan metabolisme, tetapi ia melambatkan resapan lemak. Pakar juga mengatakan hormon CRH adalah punca untuk penurunan berat badan.

Kesan ketiga adalah anda akan mengalami kerap selsema kerana tekanan menghasilkan kortisol yang boleh mengatasi keradangan. Walau bagaimanapun, jika seseorang menderita tekanan yang melampau, sistem imun tubuh menjadi kurang sensitif terhadap kortisol, yang akan mengakibatkan keradangan yang lebih serius. Kemudian tubuh badan mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapatkan selsema.
Cuaca sejuk hanya menyebabkan imun tubuh merosot dan tidak boleh dipersalahkan. Sekiranya anda sering sakit, fikirkan sesuatu perkara yang membuatkan hidup anda tertekan dan cuba mengawalnya.
Selain itu, tekanan akan menyebabkan anda mengalami masalah Gastrointestinal. Asas saintifik menunjukkan tekanan boleh memberi kesan yang tidak diingini pada saluran gastrosus. Kadangkala ubat-ubatan tidak dapat membantu, keadaan ini menunjukkan berjumpa ahli psikologi sangat membantu dan berguna.
Tekanan juga membuatkan anda mengalami kesukaran untuk menumpu perhatian. Sesiapa yang mengalami tekanan dalam jangkamasa yang panjang anda didapati sukar memberi tumpuan kepada tugas yang sedang dijalankan. Sekiranya anda sedar bahawa anda tidak dapat beri perhatian yang sepenuhnya seperti biasa, berehatlah sebentar kerana ianya berlaku ketegangan saraf.

Selain itu anda akan mengalami keguguran rambut. Hasil kajian pakar mendapati tekanan hidup boleh membuatkan anda botak sebahagian atau keseluruhan kepala. Sekiranya anda sedar bahawa rambut anda mengalami keguguran yang serius dan vitamin yang anda ambil tidak memberi kesan, anda mungkin mengalami tekanan. Anda perlu berhentikan cara hidup yang rumit jika ingin mengekalkan rambut yang cantik.
Anda mungkin kerap mengalamai sakit kepala. Sakit kepala adalah disebabkan beberapa faktor seperti osteochondrosis, kedudukan yang salah semasa tidur, tekanan darah rendah atau tinggi, sinusitis, kehamilan, dan banyak lagi. Ada kalanya sakit kepala itu disebabkan tekanan emosi yang dipengaruhi di tempat kerja atau di rumah.
Mengambil pil adalah cara yang mudah untuk membantu sakit kepala, tetapi jika anda tidak mengawal emosi dan keluarkan diri dari situasi yang buruk, sakit kepala itu akan kembali berulang-ulang.
Mengambil pil adalah cara yang mudah untuk membantu sakit kepala, tetapi jika anda tidak mengawal emosi dan keluarkan diri dari situasi yang buruk, sakit kepala itu akan kembali berulang-ulang.
Kesan yang seterusnya adalah anda akan mengalami libido rendah. Hasil penyelidikan menunjukkan orang yang mengalamai rasa letih dari segi emosi biasanya mempunyai libido yang rendah. Sekiranya anda tidak melakukan hubungan seks dengan pasangan anda untuk masa yang lama, jangan bimbang atau cemas kerana ini tidak akan membantu keadaan tersebut. Sekiranya faktor anda mengalami libido rendah adalah kerana tekanan, ianya akan membuat keadaan menjadi lebih teruk.
Seterusnya, individu yang mengalami tekanan akan menghadapi masalah sukar tidur. Anda mungkin mengalami insomnia dan menyebabkan badan menjadi letih dan tidak dapat bekerja dengan baik dan tidak dapat menikmati kehidupan dengan baik sehingga perlu mengambil pil. Namun sekiranya keadaan menjadi serius dan pil yang anda ambil sudah tidak mempunyai kesan anda harus berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan untuk mencegah keadaan tersebut.
Terakhir sekali anda berisiko mendapat penyakit jantung. Saintis membuktikan bahawa tekanan yang melampau adalah salah satu sebab penyakit kardiovaskular. Keadaan seperti kerja keras atau sebaliknya, tidak ada kerja sama sekali, hidup dalam kekurangan, dan masalah dalam keluarga hanya akan membuat keadaan seseorang itu menjadi lebih buruk.
Sila dapatkan nasihat daripada doktor secepat mungkin sekiranya anda merasa terdapat gejala-gejala seperti ini dalam kesihatan anda. Sumber: Meow gag , Editor:Anna
loading...
loading...
0 Response to "Tanda-Tanda Bahawa Anda Mengalami Tekanan Melalui Tubuh Badan"
Catat Ulasan