loading...
Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan yang mendukacitakan di mana dia kelihatan tergantung di belakang rumahnya semalam dipercayai membunuh diri.
Lelaki terbabit dikatakan bertindak sedemikian kerana hubungan cinta bersama gadis pilihan hatinya tidak direstui oleh ahli keluarga.
Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, mayat mangsa telah ditemui dalam keadaan tergantung oleh kakaknya di kawasan belakang rumah.
Berdasarkan keterangan daripada kakaknya, dia menjumpai mayat adiknya itu yang diikat dengan tali nilon dan digantung pada bumbung bahagian dapur sekitar jam 5.00 pagi tadi.
Oleh kerana terkejut dengan penemuan itu, dia segera memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarganya sebelum mereka menghubungi pihak polis.
Tambahnya lagi, mangsa yang berusia 25 tahun itu dikatakan sedang mengalami kemurungan serta tekanan kerana ahli keluarganya tidak bersetuju dan tidak membenarkan dia untuk menjalinkan hubungan dengan wanita pilihannya.
Pihak polis dalam pada masa yang sama juga turut menyatakan bahawa tiada unsur jenayah yang terlibat dan dikaitkan dengan kematian mangsa.
Kes ini bagaimana pun telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut iaitu mangsa telah bertindak membunuh diri.
Mayat mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Sibu untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada pihak keluarga untuk tindakan lanjut. Sumber: E Berita, Editor: Iera
loading...
loading...
Related Posts :
'HANCURNYA Hati Saya Bila Buka Kerja Suami'- Wanita Ini SEPARUH MATI Bila Jumpa Ini Dalam Beg Suami
Kisah hidup saya dengan suami, 23 November 2006, kami disatukan. Suami hanya kerja kampung, menoreh getah dan tinggal di rumah mertua.
S… Read More...
Kalau nak murah rezeki dan sayangkan isteri.. belanja-belanjalah isteri selalu.. Kalau isteri nak belanja suami, Alhamdulillah!… jika tidak, kita belanja dia banyak-banyak!
… Read More...
Rumahtangga Hambar, Suami Tolak Untuk ‘BERSAMA’… Apa Yang Ditemui Isterinya Ini MEMANG TAK SANGKA !
Naluri seorang wanita selalunya tepat, lebih-lebih lagi berkaitan naluri seorang isteri terhadap suaminya. Kisahnya, wanita ini berka… Read More...
Ingat Pesan Ni!! Buat Sendiri.. Apabila Ibu Ayah kita meninggal, turunlah dalam liang kubur dan sambutlah mayat beliau, buka papan penutup keranda (tempat usungan mayat), angkat mayat Ibu Ayah kita. Biarkan kita yang memutarkan mayat Ibu Ayah kita menghadap ke kiblat. Kita yang melakukan!!! Bukan hanya menyaksikan saja orang lain yang melakukan.
Apabila Ibu Ayah kita meninggal, turunlah dalam liang kubur dan…
Apabila Ibu Ayah kita meninggal, turunlah dalam liang kubur dan … Read More...
TERKINI ! Adi Putra Nekad Buat Tindakan MENGEJUTKAN Seluruh Peminatnya Lepas Tak Tahan Kontroversi Yg Melanda
.
Pelakon Adi Putra, mengumumkan beliau akan meninggalkan industri hiburan selepas ini namun beliau tetap kekal aktif dalam industri perfil… Read More...
0 Response to "Lelaki Nekad Gantung Diri Selepas Cintanya Tidak Direstui"
Catat Ulasan