SinarHairan

Fatin Afeefah Kantoi Ajak Suami Orang Tidur Di Rumah Sewa

loading...

Masih ingatkah anda tentang pelakon cilik Tentang Bulan yang memegang watak sebagai Ila di dalam filem tersebut. Pelakon cantik manis iaitu Fatin Afeefa atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin berusia 24 tahun ini merupakan seorang ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata yang diberi nama Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

Terdahulu hangat cerita mengenai Fatin yang dikatakan bercium dengan seorang lelaki di Instagram miliknya iaitu @fatinafeefa menjadi tular di media sosial dan beliau telah mendapat pelbagai kecaman hebat daripada para netizen.

Biar pun isu ini masih lagi belum reda, timbul lagi satu cerita yang melibatkan tentang dirinya baru-baru ini. Ibu tunggal kepada dua orang anak ini dikatakan sedang hangat bermain cinta dengan suami orang.

Kecoh di laman Twitter mengenai isu ini apabila seorang wanita di laman tersebut menampilkan diri dan mengaku bahawa dia adalah isteri yang sah kepada lelaki tersebut. Wanita itu juga, menyatakan bahawa pelakon cantik itu telah bebearapa kali mengajak suaminya untuk  tidur di rumah sewa milik pelakon itu yang terletak di USJ.


Kata wanita yang hanya dikenali sebagai HannaMarie di laman Twitter itu, lelaki tersebut adalah suaminya dan Fatin  Afeefah telah menafikan hubungan mereka yang telah dibini sekian lama. Tulisnya lagi di laman Twitter Fatin Afeefah  adalah seorang perempuan jahat dan pembohong. 


Wanita itu juga menyatakan bahawa pelakon ini hanya mahu mengikis duit suaminya sahaja.Tulisnya lagi di laman Twitter "tolong viralkan dan minta Jabatan Agama pantau Fatin yang ajak janta* tidur kat rumah sewa dia di USJ. Aku ada semua bukti yang dia merampas".


Hanna juga menyatakan bahawa pelakon tersebut telah menyekat whatsapp suaminya supaya rahsia ini tidak bocor. Namun, Hanna tahu cara lain untuk menjejak perhubungan sulit yang telah lama dirahsiakan ini dan akhirnya terbongkar barulah Fatin Afeefah mengaku tentang perkara ini.



Pelakon cantik ini juga dikatakan telah menukar kereta peribadinya, namun Hanna tidak pasti samada kereta tersebut dari suaminya atau tidak kerana mereka tidak bertemu sejak hujung bulan September 2017.

Hanna juga menyeru suapaya pihak berkuasa dapat mengambi tindakan terhadap kes ini.Editor : Ila Hakimi.







loading...
loading...

0 Response to "Fatin Afeefah Kantoi Ajak Suami Orang Tidur Di Rumah Sewa"

Catat Ulasan