loading...
PETALING JAYA: Seorang ibu tunggal dipercayai telah menjadi mangsa rogol bekas kekasihnya serta turut dikurung di dalam sebuah bilik stor selama 10 jam.
Kejadian tersebut telah berlaku di Kelana Jaya apabila wanita terbabit telah di bawa ke suatu tempat oleh bekas teman lelakinya sebelum dia dirogol.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, kejadian tersebut telah berlaku pada jam 7 petang semalam.
Sebelum kejadian tersebut berlaku, mangsa yang sedang bersiar-siar telah dihampiri sebuah kereta lalu suspek bertindak melarikan mangsa dan dibawa ke sebuah stor terpencil.
Selain itu, mangsa yang turut mempunyai seorang anak itu juga dikatakan telah dipukul beberapa kali, selain kaki dan tangannya juga turut diikat.
“Setiba di stor terbabit, mangsa dipercayai dirogol bekas kekasihnya itu dan dikurung kira-kira selama 10 jam.”
“Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri pada 6 pagi sebelum meminta bantuan orang awam,” katanya.
Hasil daripada siasatan yang dijalankan, pihak polis telah berjaya menahan dua lelaki yang berusia 34 tahun kerana dipercayai terlibat di dalam kes ini.
Dalam pada itu, suspek dikatakan telah mengenali mangsa sejak 2016 lagi namun perhubungan mereka tidak kekal lama.
Bagaimana pun, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Sumber: E Berita, Editor: S
loading...
loading...
0 Response to "Ibu Tunggal Dirogol Dan Dikurung Selama 10 Jam"
Catat Ulasan