SinarHairan

Izreen Minta Netizen Jangan Kacau Rita

loading...


Ekoran dari kes penceraian suami Izreen Azminda dan isteri pertama, Izreen dikecam teruk oleh netizen kerana menganggap Izreen adalah punca penceraian itu berlaku.

Izreen, 33, yang bosan dengan kecaman-kecaman yang dilemparkan terhadapnya telah bertindak menutup ruangan komen serta menyahaktif akaun Instagramnya buat sementara waktu.

Berikutan dari kes itu, Rita Rudaini yang merupakan rakan baik kepada Izreen turut menjadi mangsa apabila netizen beralih ke Instagram Rita untuk menghentamnya.

Menurut Izreen, Rita tidak ada kena mengena dalam kes rumah tangganya dan tidak mahu ada yang salah faham.

Izreen meminta para netizen untuk berhenti menganggu ketenangan Rita kerana tidak adil jika Rita turut menjadi mangsa kecaman kerana mereka hanya berkawan. Rita tidak bersalah dalam hal ini.

Izreen berkata dia tetap tidak mahu mengaktifkan semula akaun Instagramnya buat masa sekarang kerana mahu menyelesaikan perkara ini dan akan mengaktifkan semula selepas semuanya selesai.

Izreen juga memberitahu mengenai kontraknya menjadi duta produk kecantikan yang telah berakhir. Dia tidak digugurkan malah kontraknya itu sudah tamat.

Katanya dia percaya dengan rezeki yang Allah SWT ada di mana-mana.

Izreen turut berkata tawaran berlakon tidak putus dan semua berjalan lancar serta bersyukur pihak produksi tidak mengaitkan masalah peribadinya dan lebih menghargai hasil kerjanya selama ini.

Apa yang penting, Izreen tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah disiplin sepanjang bekerja dengan mana-mana pihak produksi. Walaupun sedang mengalami masalah ia sedikitpun tidak menjejaskan hasil kerjanya. Sumber:Harian Metro , Editor:Anna
loading...
loading...

0 Response to "Izreen Minta Netizen Jangan Kacau Rita"

Catat Ulasan