SinarHairan

#KONTROVERSI ~ Mata Isabella cedera bengkak biru - Serina Chef Wan

loading...
Serina bersama anaknya 

PELAKON popular, Serina Redzuawan menggesa agar bekas suaminya, Gavin Edward O'Luanaigh atau Salahuddin Ghaffar berhenti membuat 'drama' berhubung kemelut yang dihadapi mereka.

 Malah, selebriti berusia 35 tahun ini turut menjelaskan situasi sebenar yang memaksanya untuk memohon hak penjagaan sepenuhnya ke atas dua anaknya, Tristan Tareef, 8 dan Isabella Safiya, 6 tahun.

 "Now you said you keliru kenapa I nak ambil balik anak I? Don't do drama Gavin, you dah langgar perintah mahkamah, tidak berkelakuan baik dan ikut ajaran Islam, ada dalam perintah itu. 

 "Malahan gagal menjaga anak sehingga menyebabkan kecederaan di mata Isabella. How could you enjoy playing football and leave kids playing without anybody look after them??," tulisnya di Instagram (IG).

 Bahkan, Serina mengakui terkilan dengan sikap Gavin yang mengabaikan soal keselamatan anak-anaknya.


"Tengok sendiri mata Isabella bengkak biru, ini lepas I dapatkan rawatan doktor dah kurang sikit. Memang kita tak boleh nak stop if kecederaan nak jadi, sebab anak-anak aktif. 

 "But dalam hal ini kenapa dia tak bawa sesiapa teman dia pantau anak waktu dia main bola. 

 "Lepas dah jatuh cedera pun biarkan tak bawa jumpa doktor lepas itu langsung tak bagi tahu I my daughter dah cedera. Inilah buat I sedih dan kecewa," katanya.

 Sebagai ibu, anak kepada chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail ini mengakui tidak sanggup melihat anak-anaknya mengalami kecederaan dan kesakitan.

 "Sebagai ibu if anak you all cedera macam ini sure sedih kan? Sakit dia kita sebagai Iibu pun terasa sakit. "Tak cukup kuat lagi kenapa Serina nak ambil semula hak penjagaan? 

Sampai keselamatan dan kebajikan mereka terabai. Dah cedera pun dibiarkan. I juga yang bawa jumpa doktor," katanya.

 Tambahnya lagi, bekas suaminya tidak ada hak untuk memisahkan hubungannya dengan anak-anak.

 "Remember one thing you can never change the reality i'm the mother to this beautiful kids. 

Takkanlah seorang Ibu nak tengok anak-anak mereka bersedih dan menjadi mangsa keadaan. 

 "Selama ini I beri you peluang Gavin untuk jaga anak-anak, sebab perbincangan bersama kita nak anak-anak selesa tinggal di rumah asal dan tak nak mereka sedih atas penceraian," katanya.

 Justeru, Serina memohon doa daripada semua pihak supaya dipermudahkan urusan dalam menuntut semula hak penjagaan anak-anaknya.

 "Apapun, Serina harap semua mendoakan yang terbaik supaya I menang kes penjagaan anak-anak. 

 "Gavin tetap ayah kepada mereka. Janji Serina, I takkan halang mereka luang masa. I bukan manusia jahat yang suka nak bermusuh dan tidak pisahkan kasih sayang anak dan ayah," katanya.

 Pada masa sama, Serina mengakui tidak pernah menyesal dengan kes penceraian yang berlaku terhadapnya.

 "Gavin even you hate me because you already have a new wife. I tak pernah sedih atas penceraian dengan you. "Malahan I bersyukur dan gembira segala kesakitan dan kesedihan I berakhir," katanya.

 Serina dan Gavin mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2010 namun berpisah selepas tujuh tahun hidup bersama.

 Difahamkan, hak jagaan kekal diberikan kepada Gavin secara persetujuan bersama Serina dengan beberapa syarat dan terma lawatan yang dipersetujui bersama.[SH]
loading...
loading...

0 Response to "#KONTROVERSI ~ Mata Isabella cedera bengkak biru - Serina Chef Wan"

Catat Ulasan