loading...
Benarkah anak kedua unik berbanding adik beradik yang lain? Mereka juga dikatakan berbeza dan penuh misteri. Anak kedua merupakan anak tengah di antara kakak atau abang dan adik-adik. Anak kedua dikatakan sering mengalah kerana perlu hormat kepada kakak/abang dan adik-adik yang lain.
Tidak hairan sekiranya anak kedua sering bersikap terbuka, berlapang dada dan mengalah dalam segala hal kerana perlu beralah kepada adik beradik yang lain.
Ahli psikologi Alfred Adler membuktikan beberapa fakta menarik mengenai anak kedua.
Anak kedua sering merasa terasing seperti disisihkan oleh keluarganya sendiri, mungkin kerana ibu bapa sering memberi perhatian yang lebih kepada anak pertama kerana kelahiran pertama adalah yang sering dinanti-nantikan.
Lagipun, anak pertama dikatakan perlu diberi perhatian yang lebih agar lebih terdidik dan terjaga supaya boleh menjadi ikutan adik-adiknya yang lain.
Selain anak pertama, anak bongsu juga sering diberi perhatian lebih kerana masih kecil dan perlu dilindungi. Ada kalanya ibu bapa terbawa-bawa sehingga anak itu sudah dewasa kerana di bawah anak bongsu sudah tiada adik lain untuk diberi perhatian.
Tidak hairan sekiranya anak kedua mempunyai sahabat baik atau 'Best-Friend-Forever' kerana mereka menjadikan 'BFF'nya itu tempat untuk meluangkan masa bersama kerana kurang mendapat perhatian keluarga.
Fakta lain mengenai anak kedua adalah mereka gemar bersahabat, mungkin kerana sering berasa tersisih oleh keluarga membuatkan mereka senang menjalinkan hubungan dengan orang lain dan berusaha membuat orang lain selesa dengan persahabatan itu agar hubungan mereka terus kekal.
Sifat ini juga ada negatifnya kerana anak kedua tidak berani membuat keputusan dalam segala hal terutamanya yang melibatkan dirinya kerana bimbang akan menyusahkan orang lain.
Jadi, kalau nak cari pasangan atau sahabat sejati, carilah anak kedua kerana dia pasti akan menjadi pasangan atau teman terbaik yang pernah kamu miliki.
Selain itu, anak kedua juga dikatakan kreatif, fleksibel dan suka kebebasan, mungkin disebabkan selalu bersendirian dan bersemangat dalam melakukan sesuatu membuatkan anak kedua sering berimaginasi dalam mengembangkan bakatnya.
Sering kali kita lihat anak kedua akan bekerja yang berkaitan dengan seni kerana kurang minat bekerja di bawah tekanan.
Anak kedua juga gemarkan kebebasan dalam pekerjaan, fleksibel, dan tugasan yang mampu membuatkan mereka mengekspresikan diri. Mereka tidak suka pekerjaan yang mempunyai peraturan yang ketat dan kekangan masa seperti bekerja di pejabat. Disebabkan ini ramai anak kedua memilih untuk menjadi 'freelancer' atau sambilan, atau di mana sahaja tempat yang mereka sukai.
Anak kedua berbeza berbanding adik beradik yang lain kerana mereka sering berusaha untuk membuat ibu bapa sedar akan kehadiran mereka. Mereka sering berfikir bagaimana cara untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa dengan melakukan perkara yang berbeza daripada kakak/abang atau adik-adiknya.
Anak kedua juga selalu mempunyai masalah dalam hubungan dan sukar membentuk sebuah keluarga kerana dirinya yang sering mendambakan perhatian dan sering berasa takut hubungannya dengan keluarga tidak berjalan dengan lancar.
Mereka sering mempunyai sikap berprasangka buruk yang mereka sendiri tak mahu dan lebih teruk lagi mereka sering menyalahkan diri sendiri dalam segala hal.
Cara mengatasi sifat negatif dalam diri anak kedua adalah dengan cara memberi perhatian yang lebih kepada mereka supaya mereka dapat membesar dengan mempunyai peribadi yang baik.
Selain itu juga, perhatian yang cukup akan menjadikan mereka seorang yang membesar dengan penuh kasih sayang sehingga orang di sekeliling mereka pun akan berasa selesa dengan mereka.
Sumber:GPS Bestari , Editor: Anna
Cara mengatasi sifat negatif dalam diri anak kedua adalah dengan cara memberi perhatian yang lebih kepada mereka supaya mereka dapat membesar dengan mempunyai peribadi yang baik.
Selain itu juga, perhatian yang cukup akan menjadikan mereka seorang yang membesar dengan penuh kasih sayang sehingga orang di sekeliling mereka pun akan berasa selesa dengan mereka.
Sumber:GPS Bestari , Editor: Anna
loading...
loading...
0 Response to "Betul Ke Anak Kedua Ni Selalunya Perangainya Pelik Dari Adik Beradik Yang Lain?"
Catat Ulasan