SinarHairan

Fakta Tentang Bayi Yang Mungkin Membuatkan Anda Terkejut

loading...

Adakah anda cukup mengenali bayi anda? Percayakah anda bahawa bayi sebenar nya jauh lebih hebat dari apa yang anda sangkakan. Mari kita baca fakta menarik tentang bayi yang mungkin anda tidak mengetahuinya.

Sememangnya bayi yang baru sahaja dilahirkan mempunyai tahap kecomelan yang tersendiri. Ada beberapa fakta yang menarik tentang bayi mungkin anda tidak mengetahuinya jadi mari kita kaji.

Pertama tahukah anda bahawa bayi boleh menangis di dalam rahim.Pada kali pertama keluar dari rahim ibu, doktor akan menepuk punggung bayi dan selalunya bayi akan menangis namun percaya atau tidak itu bukan pertama kali bayi anda menangis.


Menurut kajian,bayi boleh menagis sejak dari dalam rahim lagi tetapis secara senyap. Salah satu kajian ultrasound memdapati bayi menunjukan tabiat menagisnya di dalam rahim dengan cara membukak mulut,menekan lidahnya dan menggetarkan bibir bawah lalu menarik nafas dengan laju.

Kedua,bayi tiada kepala lutut. Namun sebenarnya  ada kepala lutu namun ianya masih lembut seperti tulang rawan. Jika bayi yang baru sahaja dilahirkan diletakkan ke tempat x-ray, tulang lutut mereka tidak kelihatan. Menarik bukan?


Tulang lutut bayi akan terbentuk pada usia mereka 10 hingga 12 tahun.

Ketiga,kepala bayi berat. Sebenarnya bayi yang baru jika ditimbang beratnya hampir 25% merupakan berat daripada kepala bayi. Bayi anda belum kuat lagi untuk mengangkat kepala mereka oleh itu, ianya amat penting anda menyokong kepala bayi semasa mendukung mereka.


Keempat,tulang bayi lebih banyak berbanding dengan tulang orang dewasa. Wahh menarik! Bayi mempunyai 300 tulang manakala orang dewasa hanya memiliki 206 sahaja. Namun tulang ini akan bercantum semasa mereka membesar dan akhirnya akan mempunyai jumlah yang sama seperti orang dewasa.


Kelima,bayi anda boleh bernafas dan menelan pada waktu yang sama. Ini lagi satu fakta yang menarik dan membuatkan anda terkejut.


Cuba anda lakukan perkara ini bernafas dan menelan air liur atau makan pada masa yang sama. Mesti tak bolehkan?

Ini terjadi kerana terdapat lapisan di bahagian tekak anda yang dipanggil sebagai epigglotis yang menutup lubang angin apabila anda menelan sesuatu didalam mulut.


Tetapi bayi anda mampu melakukan perkara tersebut. Perkara ini terjadi supaya bayi anda boleh menyusu dan bernafas secara serentak.

Keenam,bayi yang baru lahir tidak mempunyai air mata. perhatikan ketika bayi dilahirkan mereka akan menangis dan meraung namun sebenarnya semasa  mereka menangis mereka tidak mengeluarkan air mata.Bayi sebenarnya hanya mengeluarkan bunyi sahaja kerana air mata mereka masih belum terbentuk.

Tahukah anda bayi hanya menghasilkan cecair untuk memastikan mata mereka lembap dan sihat. Namun air mata akan keluar pada umur mereka 3 hingga 12 minggu.


Ketujuh,bayi anda mengenali ibu dahulu sebelum bapanya. Bayi sebenarnya sudah boleh mengesan suara serta bau badan ibunya sejak mereak lahir lagi.Namun mereka memerlukan masa untuk mengenal rupa seseorang dan membezakan orang dewasa yang lain. Suara ibu merupakan ketenangan bagi mereka oleh itu, jika mereka menagis hanya ibu sahaja yang mampu membuat mereka tenang.


Kelapan,bayi anda bernafas dua kali lebih laju berbanding orang dewasa.

Bayi bukan sahaja mampu bernafas sambil menelan malah boleh bernafas dua kali lebih laju berbanding orang dewasa iaitu 130 hingga 160 kali seminit.


Kesembilan, bayi dapat mengetahui arah bunyi. Peka sungguh telingga bayi anda. Hebatkan?Bayi mengetahui dari mana arah sesuatu bunyi itu datang hanya selepas 10 minit dilahirkan.


Oleh sebab itu, mereka mudah terkejut dan akan bergerak apabila terdengar sesuatu bunyi yang menganggu. Pada usia 4 hingga 8 bulan ,mereka sebenarnya sudah boleh memusingkan kepala ke arah bunyi yang mereka dengari.

Hebat sungguh ciptaan Allah. Segala yang diciptanya mempunyai kelebihan yang kadang kala kita sendiri tidak terfikir dek akal. Jadi diharap perkongsian ini dapat menambahkan lagi ilmu anda dalam mengenali bayi. Editor: Ila Hakimi
loading...
loading...

0 Response to "Fakta Tentang Bayi Yang Mungkin Membuatkan Anda Terkejut"

Catat Ulasan