SinarHairan

Maut Dirempuh Bas

loading...

Seorang kerani bank menemui ajalnya apabila kereta yang dipandunya telah bertembung dengan sebuah bas kilang dari arah bertentangan di Jalan Ipoh-Butterworth, berhampiran Kampung Sungai Rawa, petang semalam.

Mangsa yang bernama Lee Jin Wah, 40 berasal dari Taman Sinar, Pulau Pinang disahkan meninggal di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan yang parah.

Kejadian tersebut berlaku pada jam 5.20 petang ketika mangsa mahu menuju ke Bagan Serai dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda Perodua Kancil.'

Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Ajib, kereta mangsa brek mengejut kerana mahu mengelak dari sebuah topi keledar yang terjatuh dari bahu jalan.

Mangsa dipercayai hilang kawalan ketika membrek kenderaan terbabit sebelum kenderaannya berpusing ke laluan bertentangan.

Sebuah bas kilang datang dari arah Bagan Serai sedang dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang tidak sempat mengelak telah merempuh bahagian sisi kereta mangsa.

Topi keledar tersebut difahamkan milik seorang pemancing di kawasan parit berhampiran lokasi kejadian.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital untuk tujuan bedah siasat. Editor:Anna






loading...
loading...

0 Response to "Maut Dirempuh Bas"

Catat Ulasan