loading...
Satu berita gempar telah berlaku di mana satu penemuan tangan misteri yang ditemui di tepi sungai ternyata memeranjatkan banyak pihak.
Penemuan tangan misteri itu dikatakan telah berlaku di satu tempat memancing yang popular iaitu di Kota Khabarovsk, Siberia.
Tangan misteri ini dikatakan telah ditemui oleh seorang warga tempatan yang kebetulan melalui kawasan terbabit dan penemuan itu ternyata telah mengejutkan penduduk di sekitarnya.
Menurut saksi, dia menyatakan bahawa pada mulanya dia menemui sebuah beg yang terletak di tepi sungai terbabit lalu dia terus membukanya untuk mengetahui apa yang terkandung di dalam beg tersebut.
Namun, dia tidak menyangka bahawa dia menjumpai tangan manusia sebanyak 27 pasang di mana tangan tersebut kelihatan sempurna lagi.
Dia percaya bahawa tangan tersebut telah dipotong di mana tiada sebarang anggota badan yang lain yang ditemui di kawasan kejadian.
Dalam pada masa yang sama, penduduk di sekitar tempat kejadian juga menyatakan sebelum ini mereka masih belum menjumpai sesuatu perkara yang mencurigakan terjadi di tempat terbabit.
Pihak berkuasa yang dimaklumkan mengenai kejadian ini masih lagi belum menjumpai sebarang penemuan yang berkaitan dengan tangan-tangan terbabit.
Bagaimana pun, tangan-tangan itu telah diserahkan ke hospital tempatan untuk menjalankan pemeriksaan lanjut. Editor: Iera
loading...
loading...
0 Response to "27 Potongan Tangan Manusia Ditemui Di Tepi Sungai."
Catat Ulasan