SinarHairan

#TAHNIAH ~ Asyraf nikahi model hijab dalam situasi SOP Covid19

loading...
Akur SOP ditetapkan, Asyraf dan Wardina selamat diijabkabulkan di ibu negara, semalam. - Foto ihsan Asyraf Ali 

 KUALA LUMPUR: Perkenalan di sebuah konsert disusuli lamaran dua hari kemudian, membawa pelakon, Asyraf Ali dan model hijab, Wardina Anuar ke jenjang pelamin.

 Asyraf, 26, dan Wardina, 19, selamat dinikahkan pada majlis ringkas yang dikendalikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan COVID-19 di sini, semalam.

 Asyraf menyerahkan hantaran sebanyak RM30,000 selain mas kahwin berupa barang kemas bernilai RM33,260 kepada Wardina.


Tidak ketinggalan, tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang.

 Mengikut pasangan ini, mereka berkenalan ketika menyaksikan sebuah konsert di Jakarta, Indonesia.

 Selain berlakon, Asyraf mengusahakan perniagaan sendiri dalam sektor pembinaan.

 "Sejak awal perkenalan, semuanya dipermudahkan. Wardina meminta saya berjumpa keluarga jika benar-benar serius untuk berkahwin. 
 "Saya mahu bertanggung jawab kepada dirinya yang masih muda. Selama ini, saya selalu menonton drama di mana pengantin perempuan adalah wanita muda.

Perkenalan pada sebuah konsert di Jakarta, akhirnya menyatukan hati Asyraf dan Wardina. - Foto ihsan Asyraf Ali 

 "Akhirnya perkara ini terjadi kepada saya," kata Asyraf yang membintangi drama Jejak Karmila dan Meh Sandarkan Pada Aku. 

 Asyraf berkata, biarpun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana semua langkah terbatas, dia enggan melengahkan hari bahagianya itu.

 "Hendak tunggu wabak ini pulih kita tidak mampu menganggar bila. Pada saya, buat apa hendak menangguhkan perkara baik?

"Apa yang penting bernikah dan majlis persandingan dibuat mengikut adat," katanya. 

 Akur SOP ditetapkan, Asyraf berkata, hanya 10 orang hadir pada majlis pernikahannya.

"Insya-Allah, kami merancang mengadakan majlis resepsi pada 1 Januari depan. Harap semua urusan itu dipermudahkan," katanya. 

 Biarpun sudah tidak aktif berlakon sejak tiga tahun lalu, Asyraf tidak keberatan melepas rindu jika ada tawaran menarik. -BH Online
loading...
loading...

0 Response to "#TAHNIAH ~ Asyraf nikahi model hijab dalam situasi SOP Covid19"

Catat Ulasan