loading...
Kiah Propa buat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama Sungai Buloh.
Ia berikutan dia menerima kiriman gambar kemaluan lelaki daripada individu tidak dikenali hampir setiap hari dan waktu di aplikasi WhatsApp.
"Saya sudah tidak tahan. Pagi, petang, siang dan malam tengok gambar 'burung'. Saya jadi tak lalu. Ada 'burung' kelicap, gagak ada, pipit ada, kasawari ada, enggang ada, saya jadi tak lalu tengok gambar 'burung'. "Saya tak hairan pun dengan 'burung' itu. Apa yang saya hairan adalah, berkali-kali saya sekat, dia tetap hantar. Saya ini gelak-gelak juga, tapi jangan ingat saya akan sambut 'service' anda.
"Kamu jangan gila. Saya tidak jual gamat dan burung. Saya hanya menjual makanan. Kalau dah setiap malam disajikan dengan 'burung', saya tak lalu. Saya hanya nak tengok jualan perniagaan meningkat dan bukannya 'burung'," katanya.
"Saya akan siasat siapa yang menghantar gambar 'burung' itu. Jangan main-main dengan saya. Nampak saja saya macam ini, tapi saya bergraduan.
"Saya sudah tengok dari tahun lepas lagi. Saya sekat dia tukar nombor. Jangan main-main ya. Panggil saya kakak, tapi hantar gambar 'burung'.
"Nombor saya memang bersepah sebab ia nombor perniagaan, tapi tidaklah sampai nak layan sebegitu. Ya Allah dik, bawa bertenang. Itu saja benda sama setiap hari. Kalau setakat itu tak perlulah dik. Kesian saya melihat kamu," katanya.
Kiah Propa juga menasihati orang ramai supaya berhenti melakukan perbuatan tidak berfaedah itu.
"Saya menyeru pada semua, janganlah begitu. Nampak lelaki sejati, betul, tapi sebenarnya gila seks. Itu saja yang dihadapnya pagi, petang, siang dan malam. Pergilah pada jalan lurus.
"Selepas buat laporan polis, saya akan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKM)," katanya.
loading...
loading...
0 Response to "#KURANG AJAR ~ Kiah Propa tak lalu hari-hari disajikan foto 'burung'"
Catat Ulasan