SinarHairan

Air Asia lancar platform e-dagang B2B OURFARM merancakkan sektor pertanian Sabah

loading...
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (kanan) melawat kawasan kebun pada Pelancaran OURFARM di Jabatan Pertanian Serdang hari ini. Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes (kiri). 
OURFARM rancakkan pemasaran hasil pertanian

Kumpulan AirAsia melancarkan platform e-dagang perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dikenali 'OURFARM' yang bakal merevolusikan rantaian perniagaan berasaskan pertanian, dengan menghubungkan petani terus kepada perniagaan berkaitan.

Cabang perniagaan baharu kumpulan penerbangan tambang rendah itu dijangka dapat meningkatkan pendapatan petani, penternak, nelayan dan peladang di negara ini dengan memasarkan secara terus produk mereka kepada pelanggan menerusi platform digital pada kos yang lebih rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata OURFARM adalah langkah pertama kumpulan itu untuk meningkatkan pendapatan petani dengan menghapuskan kos orang tengah dan menyediakan sokongan logistik. 

Beliau berkata, 'OURFARM' ditubuhkan dengan kerjasama strategik Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan akan menyokong lebih 1,000 petani kontrak kerajaan serta pemilik ladang swasta.

Katanya, OURFARM akan memanfaatkan ekosistem AirAsia yang merangkumi kemampuan kargo, logistik dan pembayaran dengan pangkalan data perniagaan dan penggunanya.

Jelasnya, platform e-dagang itu juga tidak mengenakan sebarang kos untuk mendaftar, dan menawarkan peluang kepada petani, penternak, nelayan dan peladang untuk menerima latihan dalam mendigitalkan perniagaan mereka dengan kursus e-dagang dari RedBeat Academy.

"Platform baharu ini akan membantu banyak perniagaan kecil dengan mengurangkan kos perolehan hasil segar hingga 25 peratus kerana mereka boleh berhubung terus dengan pengeluar pertanian.

"Sebagai permulaan, OURFARM meliputi kawasan Lembah Klang dan ia akan diperluaskan ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak secara berperingkat serta mengembangkannya ke seluruh rantau ini, " katanya pada sidang media sempena pelancaran platform itu di sini, hari ini.


Platform itu dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun.

Fernandes berkata, pihaknya telah belajar daripada pengalaman menjalankan perniagaan katering dalam penerbangan dan Kafe Santan yang baharu dilancarkan, yang mana ia juga menghadapi cabaran harga tinggi untuk bahan segar.

Beliau berkata, OURFARM akan membantu meningkatkan marjin keuntungan pengeluar pertanian dengan menghapuskan kos orang tengah.

Platform itu juga menyediakan sistem pengurusan rantaian bekalan yang lebih cekap yang menyokong agenda keselamatan makanan negara.

Sementara itu, Kiandee berkata, kementeriannya secara proaktif berhubung dengan pemain industri, terutama dalam membantu memadankan perniagaan dengan platform e-dagang sama ada perniagaan-kepada-pengguna (B2C) dan B2B.

Beliau berkata, kerjasama strategik antara MOA dan OURFARM itu akan mewujudkan ekosistem baharu yang dapat membantu perniagaan berasaskan pertanian berkembang dengan lebih luas, sambil memberi pengguna nilai yang lebih baik untuk mereka.

"Kami memuji Kumpulan AirAsia kerana memperkenalkan jenama dan platform baharu seperti OURFARM dan berharap ia dapat menyumbang ke arah ketersediaan, kebolehcapaian, kemampuan dan kestabilan sektor berasaskan pertanian di Malaysia," katanya.

Komponen terpenting bagi kejayaan platform sebegini terletak pada teknologi, data dan logistik dan OURFARM mempunyai ketiga-tiganya.

Berbanding platform lain, OURFARM bersedia dengan 7,000 lori di seluruh Malaysia yang boleh digerakkan dalam masa 60 minit untuk mengambil dan menghantar terus produk tersebut kepada pembeli.

Ia sekali gus memastikan kesegaran dan lebih penting mengawal kos bagi para petani dalam platform kami.

OURFARM juga menyediakan faedah lain, termasuk syarat kredit untuk menyokong pembeli perniagaan dan mencegah pembaziran kerana pembeli dapat memesan produk mengikut keperluan melalui laman webnya.

Buat masa ini, ia meliputi kawasan Lembah Klang, dan mempunyai rancangan untuk mengembangkan perniagaan mereka ke seluruh negara dalam masa terdekat, termasuk potensi untuk membangunkan kemampuan eksport/import dan pengembangan ke rantau ini dalam jangka panjang.


Selain itu, penyelesaian jarak jauh OURFARM akan dikuasakan oleh Teleport, cabang logistik Kumpulan AirAsia dan TheLorry.com.

loading...
loading...

0 Response to "Air Asia lancar platform e-dagang B2B OURFARM merancakkan sektor pertanian Sabah"

Catat Ulasan