loading...
Rozita Che Wan membahagikan masa dan menyusun jadual dengan teratur apabila terpaksa menghabiskan baki penggambaran drama yang belum selesai. - Foto Rozita Che Wan
Sebaik sahaja penggambaran mendapat kebenaran, tiga drama bersiri membabitkan komitmen isteri kepada Zain Saidin itu sedang berjalan iaitu Dayang Senandung, Baju Kebaya Kasut Kanvas dan Juliet.
Drama bersiri, Dayang Senandung dan Juliet diterbitkan Zeel Production, manakala Baju Kebaya Kasut Kanvas pula terbitan Orange Tree Production.
"Drama Dayang Senandung sempat menjalani penggambaran sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun, apabila tertunda lebih tiga bulan, memang banyak syarikat produksi mengejar masa melunaskan baki penggambaran ketika ini.
"Saya sendiri terpaksa membahagi masa dan bersyukur syarikat produksi memahami, sekali gus boleh menyusun jadual dan waktu sebaik mungkin.
"Penat adalah perkara biasa, tetapi saya anggap rezeki. Inilah masanya mencari duit selepas lama berehat.
Insya-Allah, ada dua drama menanti penggambaran, Mami Jarum dan Lelaki Lingkuhan pada Ogos ini," katanya kepada BH Online.
Ketika dihubungi Rozita sedang berada di lokasi penggambaran drama Baju Kebaya Kasut Kanvas.
Turut membintangi drama arahan Pyan Screw itu ialah Nabila Razali, Mona Allen dan Zainol MacWilson.
Antara babak Rozita Che Wan dan Nabila Razali dalam drama Baju Kebaya Kasut Kanvas. - Foto Rozita Che Wan
Pelakon yang popular menerusi karakter Kiah Pekasam itu berkata, dia sudah terbiasa dengan normal baharu dan prosedur operasi standard (SOP) di lokasi penggambaran.
"Sebelum normal baharu lagi sudah terbiasa bersolek sendiri dari rumah. Nak 'touch up' saya buat sendiri di set penggambaran.
"Baju atau wadrobe pun saya guna milik sendiri. Artis diletakkan dalam bilik dan kru pula sibuk di lokasi penggambaran yang dipilih. Jadi, kami tak bercampur.
"Ikutkan SOP dan normal baharu ini membataskan sebenarnya, tetapi kita kena patuh untuk kebaikan bersama. Babak bersentuhan dibuang pihak produksi. Begitu juga membabitkan babak aksi dan bergaduh turut disingkirkan," katanya.
Mengulas kesihatan suaminya, Zain yang dimasukkan ke hospital kerana beberapa penyakit, baru-baru ini, Rozita berkata, dia kini semakin pulih.
"Cuma, suami sudah mula berhati-hati dalam pemakanan kerana bimbang kolestrol naik lagi. Saya percaya sakit adalah penghapus dosa," katanya.
-BH Online
loading...
loading...
0 Response to "#DUNIA ARTIS ~ Masa untuk cari duit - Che Ta"
Catat Ulasan