SinarHairan

#COVID19 ~ PU Riz hargai peluang kedua yang diberikan

loading...
Pendakwah bebas yang aktif dalam lakonan 

 TIDAK pernah menjangka sama sekali dirinya akan terkena virus Covid-19 yang dianggap sebagai 'silent killer' bukan saja dalam negara, tapi juga di seluruh dunia.

 Apa yang menimpa adalah ujian daripada Allah SWT, sekali gus mendidik dirinya untuk kembali mentaati Yang Maha Esa.

 Malah, bergelar bekas pesakit Covid-19 juga membuatkan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail lebih menghargai peluang kedua yang diberikan itu.


"Saya cuma nak cakap hargai kesihatan yang ada. Apabila terkena pada saya, ia sangat berat sebab tak boleh jumpa keluarga. Sedangkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) orang lain dapat melihat muka mak ayah dan keluarga 24 jam.
 "Jadi, apabila diberi kesembuhan ia ibarat peluang kedua buat saya. Berada dalam wad mendidik saya menjadi orang yang lebih baik dan taat pada perintah Allah. Diberi peluang untuk beribadat bersungguh-sungguh. 
 "Saya fikir kalau ditarik nyawa selepas ini, minta halal semuanya dan saya nak mati dalam kalimah Lailahaillallah," katanya.

DIDIK diri kembali mentaati Yang Maha Esa. 

Berkongsi mengenai persepsi dan penerimaan segelintir pihak terhadap dirinya selaku bekas pesakit itu, Riz yang juga pelakon Lelaki Kiriman Tuhan berkata, dia tidak pernah marah.

 "Ini adalah biasa. Bagi saya mungkin orang nak berjaga-jaga. Saya tak marah dan halang pun. Jagalah, sebab kesihatan satu tanggungjawab. Tapi, untuk saya alhamdulillah. Apatah lagi selepas kembali menjalani penggambaran, semua okay. Penerimaan orang okay saja. 
 "Malah, penetapan prosuder operasi standard (SOP) membolehkan saya dan semua pihak di lokasi mengambil langkah lebih berjaga-jaga. Semua amalkan penjarakan sosial dan tidak bersalaman. Kalau ada yang tak salam, tak perlu terasa pun," katanya.


Kurangkan berlakon 

Boleh dikatakan, Riz antara pendakwah bebas yang aktif dalam bidang lakonan. Baik dalam drama mahu pun filem.

SERAH ketentuan jodoh pada Allah. 

Selepas empat tahun terbabit dalam bidang itu, Riz memutuskan untuk memperlahankan kerjaya lakonan dan mahu kembali menumpukan pada aktiviti dakwah seperti mana di awal kemunculannya dahulu.

 "Selepas ini tidak mahu terlalu ke depan dalam lakonan. Saya nak lebih memilih skrip dan karya yang kena dengan jiwa saya. Dalam erti kata lain, kalau boleh nak kurangkan sikit berlakon. Saya nak kembali kepada 'fitrah', di mana saya muncul, di situ saya kena kembali. 
 "Saya pun bukan baik sangat, semua ada salah silap. Kita minta Allah jauhkan dari jalan yang tak betul. Sebenarnya apabila Allah dah bagi ujian itu, bagi saya ia 'turning point' untuk saya kembali betulkan diri. 
 "Tapi, kalau berlakon pun dalam setahun mungkin ada satu drama. Bukan nak berhenti terus. Sebab saya pun ada bisnes, jadi kena ada juga kemunculan di TV. Saya pun muda lagi, harap Allah permudahkan," katanya. 
 Dalam masa sama, Riz bersyukur apabila dia masih mendapat tawaran dan jemputan memberian ceramah agama.

 "Alhamdulillah, orang panggil berikan ceramah masih banyak. Begitu juga tawaran berdakwah dalam program TV. Malah, sepanjang Ramadan lalu banyak juga jemputan walaupun secara dalam talian. Selain itu, dijemput menjadi imam pun ada juga.
SYUKUR masih terima tawaran dan jemputan beri ceramah agama. 

"Alhamdulillah, ketika PKP Allah bagi saya kerja dan rezeki, lebih dari biasa. Jadi itu satu lagi petanda Allah berikan," katanya. Bercakap mengenai soal peribadi iaitu pasangan hidup, Riz menyerahkan perkara itu kepada Allah. 
 "Kita doa yang terbaik. Soal jodoh ini kita serahkan pada Allah. Kedua-dua ibu bapa saya tidak pernah desak, sebab saya pun muda lagi. 
 "Jadi, doakan saja. Kalau ada jodoh adalah, dekatkanlah. Kalau tak ada, tak apa," katanya.

 -myMetro
loading...
loading...

0 Response to "#COVID19 ~ PU Riz hargai peluang kedua yang diberikan"

Catat Ulasan