loading...
Keadaan motosikal mangsa – Foto Media Sosial
Calon SPM Kemalangan Maut Motosikal Ditunggang Bertembung Hilux Di Tawau
Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah Toyota Hilux di Jalan Utara Baru simpang Taman King Fook, malam tadi.
D alam kejadian kira-kira pukul 8.35 malam itu, mangsa lelaki berumur 17 tahun berkenaan meninggal dunia pukul 9.32 malam selepas dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataan medianya berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal dari arah Taman Ria menuju balik ke Tanjung Batu manakala seorang jurujual berumur 30 tahun yang memandu sebuah Toyota Hilux dari arah Batu 1 menuju ke Taman King Fook.
Semasa di tempat kejadian, pemandu berkenaan dipercayai memasuki laluan mangsa sebelum membelok ke simpang sebelah kanan.
Mangsa yang tidak dapat mengelak kemudian bertembung dengan Toyoya Hilux sehingga mengakibatkan mangsa tercampak di atas jalanraya manakala motosikalnya terseret sejauh 3.4 meter dari tempat kemalangan.
Menurut ACP Peter, pemandu Hilux telah ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
loading...
loading...
Related Posts :
Nora Danish Penuh Emosi, Rasa Sedih, Anaknya Dipanggil Shrek
'This Person Called My Son Shrek!' itulah luahan Nora Danish sambil mendedahkan wajah individu yang selamba menghina anaknya, baby NeyNey.… Read More...
"Tak Boleh Perbaharui Cukai Jalan, Jika Tak Tukar Beg Udara Takata", 8 Terkorban, Menteri Pengangkutan Seru Rakyat Malaysia Tukar Segera
Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Anthony Loke menyeru seluruh rakyat Malaysia yang memiliki beg udara jenis Takata untuk menggantikannya … Read More...
Polis Berkas Lelaki Ugut Mahu Tembak Tun Mahathir, Suspek Dakwa Akaun Facebooknya Kena Godam
Lelaki berumur 38 tahun ditahan di Jalan Beverly Heights, Ampang pada Sabtu pagi lalu kerana disyakit membuat ugutan jenayah untuk beperan… Read More...
Lelaki Derita Tumor Seberat 14.9kg Sejak 47 Tahun Lalu, Pakar Bedah Ambil Masa 10 Jam Untuk Buang
Sekumpulan pakar bedah di China mengambil masa hampir 10 jam untuk membuang tumor seberat 14.9 kilogram daripada leher seorang warga emas… Read More...
"Tak Boleh Perbaharui Cukai Jalan, Jika Tak Tukar Beg Udara Takata", 8 Terkorban, Menteri Pengangkutan Seru Rakyat Malaysia Tukar Segera
Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Anthony Loke menyeru seluruh rakyat Malaysia yang memiliki beg udara jenis Takata untuk menggantikannya … Read More...
0 Response to "Calon SPM Kemalangan Maut Motosikal Ditunggang Bertembung Hilux Di Tawau"
Catat Ulasan