loading...
JUSTIN Bieber memfailkan saman berjumlah RM43 juta setiap seorang terhadap dua wanita yang menuduhnya melakukan gangguan seksual terhadap mereka.
Menerusi dokumen mahkamah kes berkenaan, Bieber, 26, menyatakan dakwaan dibuat wanita dikenali Danielle dan Kadi di Twitter secara faktanya adalah salah sama sekali.
Dia turut mempertikaikan kewujudan bukti dokumentari dan saksi yang dikemukakan.
"Bieber tidak akan berdiam diri manakala defendan membuat percubaan untuk menarik perhatian serta meraih populariti dengan menyebarkan penipuan bahawa dia terbabit dalam jenayah mencabul defendan.
"Justeru, Bieber ingin mengambil tindakan terhadap fitnah terbabit sebagai langkah untuk membersihkan namanya dan menegakkan kebenaran," kata kenyataan itu.
Ahad lalu, dua wanita tampil membuat tuduhan pernah diganggu secara seksual oleh Bieber.
Wanita pertama mendakwa Justin mencabulnya pada 2014, manakala wanita kedua mengatakan dia dicabul pada 2015.
Bagaimanapun, Bieber menafikan dakwaan itu dan mengambil serius isu tuduhan itu. Dia turut memaklumkan sedia mengambil tindakan undang-undang.
Bieber kemudiannya memuat naik beberapa ciapan dengan menyertakan bukti di mana keberadaannya sewaktu insiden 2014 itu dikatakan berlaku.
Dia ternyata memiliki alibi kukuh untuk membuktikan dakwaan wanita itu tidak benar.-Agensi
loading...
loading...
0 Response to "#MAK AIII ~ Justin Bieber Saman 2 Wanita RM43 Juta"
Catat Ulasan