loading...
Terima SMS dari KWSP gagal kredit..??
Jika anda telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari tetapi masih gagal menerima bayaran daripada pengeluaran yang dibuat kerana gagal dikreditkan ke akaun bank.
Adakah anda telah membuat SEMAKAN & BAYAR SAMAN PDRM,JPJ & AES ONLINE yang terkini? Senang jer
PUNCA PEMBAYARAN i-LESTARI GAGAL DIKREDITKAN
Hal ini mungkin berlaku disebabkan kesilapan memasukan butiran maklumat akaun atau meletakkan nombor akaun pihak ketiga.
Ini cara tebus PROGRAM ePENJANA RM50 yang akan dikredit masuk dalam e-Wallet anda
Berdasarkan maklumat daripada KWSP, pencarum KWSP gagal menerima bayaran pengeluaran i-Lestari kerana nombor akaun bank yang sama dikemukakan oleh Ahli lain dan juga digantikan dengan Cek Jurubank.
Baca tentang Cek Jurubank Kepada Pemohon Pengeluaran i-Lestari KWSP
i-LESTARI LULUS TAPI GAGAL DIKREDITKAN
Bagi anda berstatus lulus tapi gagal dikreditkan perlu membuat pengemaskinian maklumat pembayaran Pengeluaran I-Lestari KWSP secara atas talian (online) melalui portal i-Lestari Online.
Manakala yang berstatus Cek Jurubank, anda perlu menunggu cek tersebut sampai ke rumah masing-masing melalui pos berdaftar.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT PEMBAYARAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
Bagi anda yang menerima SMS memaparkan pengeluaran anda tidak boleh dibayar kerana no. akaun bank yang sama dikemukakan oleh Ahli lain perlu membuat pengemaskinian maklumat pembayaran Pengeluaran I-Lestari KWSP seperti berikut:
- Layari ke laman web https://ift.tt/2Tdsfxw
- Masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Isikan nama penuh dan nombor telefon bimbit anda.
- Anda perlu buat pengesahan butiran pembayaran dengan pilihan akaun bank dikehendaki.
- Masukkan nombor akaun bank yang aktif. Pastikan akaun bank adalah milik ahli yang memohon.
- Kemudian, sahkan nombor akaun bank. Permohonan akan terbatal dan bayaran tidak dapat diproses sekiranya pemohon menggunakan akaun bank individu lain atau akaun bank bersama.
- Tick pada kotak yang disediakan.
- Klik pada butang ‘Saya Bukan Robot’.
- Hantar permohonan anda.
Bagi yang ingin membeli rumah pertama,tetapi tidak mempunyai wang deposit, boleh cuba SKIM RUMAH PERTAMAKU, pertama untuk mendapatkan pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat
APA ITU STATUS CEK JURUBANK
STATUS GAGAL DIKREDITKAN KE AKAUN DAN DIGANTIKAN CEK JURUBANK
Bagi anda bayaran pengeluaran gagal dikreditkan ke akaun bank dan digantikan dengan Cek Jurubank, anda perlu hubungi KWSP di 03- 89226000 untuk maklumat lanjut.
Ibu bapa pun wajib tahu tentang SOP BUKA SEMULA SEKOLAH. Boleh baca & muat turun SOP BUKA SEMULA SEKOLAH untuk rujukan guru-guru dan ibubapa bagi persediaan anak anda bersekolah nanti
Menurut makluman, anda tidak perlu hadir ke pejabat KWSP kerana akan KWSP akan membuat penghantaran Cek melalui pos berdaftar dan hantar Cek ke alamat surat menyurat penerima bayaran melalui alamat yang dinyatakan dalam borang permohonan.
Adakah anda telah membuat pengeluaran i-Lestari KWSP? Cuba SEMAK PENYATA KWSP ONLINE untuk lihat baki terkini wang KWSP anda.
TEMPOH MASA TERIMA CEK JURUBANK
Jangkaan penerimaan Cek Jurubank adalah 14 hari dari tarikh bayaran tertakluk pada penghantaran pihak kurier.
Untuk semakan nombor pos berdaftar, sila hubungi Hotline i-Lestari 03- 89226000 atau mengemukakan pertanyaan klik disini.
Kredit :kekandaMemey.com
loading...
loading...
0 Response to "Cara Kemaskini KWSP i-Lestari GAGAL KREDIT Online"
Catat Ulasan