loading...
KLUSTER baharu Covid-19 dikesan di sebuah rumah di Sabah membabitkan satu kematian dan dua kes positif setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes jangkitan itu membabitkan warga emas yang meninggal dunia di rumah pada 12 Jun lalu akibat komplikasi jantung.Menurutnya, warga emas iaitu kes ke-8,403 itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth, Sabah, untuk saringan Covid-19 dan didapati positif.
"Siasatan mendapati sebelum ini beliau mendapat rawatan untuk penyakit jantung di Hospital Queen Elizabeth 2.
"Aktiviti saringan kontak rapat dijalankan dan didapati dua kakitangan wad positif Covid-19," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, sehingga hari ini seramai 63 individu termasuk 21 anggota kesihatan, dua pesakit, 40 ahli keluarga dan rakan dikenal pasti serta disaring.
Katanya, langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar dijalankan di semua tempat yang dikenal pasti terdedah termasuk di wad dan rumah arwah.
Bagaimanapun, beliau berkata, perkhidmatan Hospital Queen Elizabeth 2 tidak terjejas dan berterusan seperti biasa.
"Punca jangkitan kluster ini masih di dalam siasatan," katanya.
COVID-19: 63 individu disaring bagi kluster meninggal di rumah di Sabah
Kementerian Kesihatan mengenal pasti kluster meninggal di rumah (MDR) yang berkaitan dengan kes kematian ke-120 iaitu kes 8,403 di Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes pertama bagi kluster berkenaan ialah seorang warga emas yang meninggal dunia di rumahnya pada 12 Jun lalu akibat komplikasi sakit jantung.
Beliau kemudiannya di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk jalani saringan COVID-19 sebelum mendapati pesakit terbabit positif wabak berkenaan.
"Sebelum ini beliau mendapat rawatan untuk penyakit jantung di Hospital Queen Elizabeth 2. Aktiviti saringan kontak rapat sudah dijalankan dan didapati dua kakitangan wad terbabit positif COVID-19.
"Sehingga jam 12 tengah hari ini, seramai 63 individu sudah disaring yang meliputi 21 anggota kesihatan, dua pesakit, 40 ahli keluarga dan rakan.
"Langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar turut dijalankan di semua tempat yang dikenal pasti terdedah termasuk di wad dan rumah arwah.
"Perkhidmatan Hospital Queen Elizabeth 2 tidak terjejas dan berterusan seperti biasa. Punca jangkitan kluster ini masih di dalam siasatan," katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.
loading...
loading...
0 Response to "COVID-19: Kluster meninggal di rumah dikesan di Sabah"
Catat Ulasan