loading...
BijakThere 8:25 PM Berita Comment
MARANG: Seorang suri rumah maut manakala dua lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dalam kemalangan di Kilometer 42 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini pada Isnin.
Nahas yang berlaku pada kira-kira jam 1.45 petang itu menyebabkan mangsa Zainab Talib, 59 tahun, maut di tempat kejadian.
Ketika kejadian, mangsa yang menaiki Perodua Myvi itu dilaporkan dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Kuala Terengganu bersama anak serta rakan anaknya.
Sejurus tiba di lokasi nahas, kereta tersebut dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar tiang elektrik sebelum merempuh sebuah rumah.
Ekoran kejadian itu mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang mengalami kecederaan parah manakala dua lagi mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Abd Razak Hasan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.
loading...
loading...
Related Posts :
#TAHNIAH ~ JULIANA EVANS KINI BERGELAR ISTERI Y.A.M TENGKU SHARIFFUDDIN SHAH
Pelakon dan pengacara popular, Juliana Evans, 27, selamat melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan hatinya, Y.A.M Tengku Shariffudd… Read More...
Remy Ishak akhirnya bertunang dengan.... (5 gambar)Pada: Selasa, 2 Mei 2017
Ahli Perniagaan, Artis Bertunang, Gambar Artis, Janda, Pelakon, Remy Ishak,
Remy Ishak, mengesahkan sudah pun ber… Read More...
VIDEO 2 Ditahan Kes Gaduh Berkumpulan Di Hospital Ampang.… Read More...
31 Foto Sekitar Majlis Pernikahan Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa Yang Amat Meriah31 Foto Sekitar Majlis Pernikahan Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa
Penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun selamat bernikah dengan pengasas kosmetik, J… Read More...
Remy Ishak akhirnya bertunang dengan.... (5 gambar)Pada: Selasa, 2 Mei 2017
Ahli Perniagaan, Artis Bertunang, Gambar Artis, Janda, Pelakon, Remy Ishak,
Remy Ishak, mengesahkan sudah pun ber… Read More...
0 Response to "Suri rumah maut kereta dinaiki terbabas"
Catat Ulasan