Menterinya, Mohamad Sabu mendedahkan bahawa polis masih menjalankan siasatan berkenaan penemuan tiga laras senjata api tersebut.
"Memang dijumpai senjata, semuanya telah dibuat laporan polis. Operasi seterusnya adalah untuk mengkaji siapa yang membawa senjata, apa tujuan dan sebagainya... itu pihak polis akan membuat siasatan penuh," katanya kepada pemberita.
Menurut Mohamad, walaupun jumlah yang ditemui itu tidak banyak, bagaimanapun katanya siasatan lanjut akan diteruskan."Setakat ini kita tunggu laporan dari siasatan polis. Itu tidak besar, walau bagaimanapun pihak polis akan menyiasat segala apa yang berlaku," jelasnya.
BACA: 'Kubur' senjata api Rusia dibongkar di Kelantan
Pada 30 November lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya membongkar satu lokasi menempatkan senjata api yang membawa kepada penemuan tiga laras senjata jenis AK-47 di kawasan kemajuan am Kampung Gemang, Jeli.
Menurut Panglima 2 Briged, Brig Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar, kejayaan itu hasil risikan dan rondaan yang menemui satu longgokan tanah mencurigakan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand.
0 Response to "'Kubur' senjata api: Siasatan lanjut masih diteruskan - Mat Sabu"
Catat Ulasan