SinarHairan

Sektor pelancongan dibenar beroperasi tetapi hanya melibatkan domestik sahaja

loading...
Kerajaan Negeri sekali lagi mengingatkan rakyat di Negeri ini untuk terus mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka serta sentiasa menggunakan sanitizer dalam semua urusan seharian untuk keselamatan diri, keluarga dan komuniti
Sektor pelancongan domestik di Sabah dibenarkan beroperasi

Kerajaan Sabah kini membenarkan sektor pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar beroperasi tetapi hanya melibatkan domestik sahaja.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, aktiviti yang dibenarkan dalam pelancongan domestik (dalam negeri Sabah sahaja) melibatkan penginapan, adventure dan recreation, tempat menarik, food and beverage, ticketing services, pengangkutan dan lain-lain yang berkaitan.

"Semua operasi perhotelan adalah dibenarkan kecuali fasiliti hotel seperti surau, gimnasium, spa, sauna, lounge, kolam renang, bilik mesyuarat, dewan seminar, bilik latihan dan buffet.

"Aktiviti seni budaya meliputi kegiatan seni kraf, visual, pakaian tradisi, makanan tradisi, muzik dan tari (tidak melebihi 10 orang) serta penyelidikan dan pendidikan budaya dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, aktiviti yang meliputi kunjungan riadah, kajian, penyelidikan dan pemantauan alam sekitar termasuk perkhidmatan yang ditawarkan di Taman-Taman Sabah dan santuari seperti Tabin Wildlife Resort, Danum Valley, Maliau Basin, Imbak Canyon, Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok, Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan, KK Wet Land dan termasuk aktiviti-aktiviti yang diuruskan oleh pihak swasta juga dibuka kepada orang awam.

Katanya, aktiviti yang meliputi penuaian sarang burung, pengeluaran permit dan lesen hidupan liar dan lain-lain aktiviti turut dibenarkan.

"Pelaksanaan semua aktiviti dalam sektor ini dan rangkaiannya hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak yang berkaitan.

Sementara itu katanya, sektor sukan dan rekreasi juga dibenarkan, ianya meliputi aktiviti latihan sukan individu, sukan elit dan sukan berprestasi tinggi seperti olahraga, golf, tenis, e-Sport, sukan bermotor (cubprix), boling padang, memanah, menembak, angkat berat, berbasikal, pelayaran, pentanque, squash, ping pong, silambam, wushu, karate (kata), taekwondo (kata) dan bina badan.

Katanya, aktiviti sukan massa dan rekreasi yang melibatkan orang awam yang tidak lebih dari 10 orang dalam satu kumpulan pada satu-satu masa seperti golf, berbasikal, sukan bermotor, joging, senamrobik dan lain-lain aktiviti senaman jasmani.

"Rangkaian kemudahan sukan dan rekreasi (outdoor) seperti golf driving range, joging track, boling padang, lapang sasar memanah, lapang sasar menembak dan taman awam sama ada di bawah kawalan Kerajaan atau swasta atau milik individu.

"Pelaksanaan semua aktiviti dalam sektor sukan dan rangkaiannya hendaklah mematuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa berkaitan.

"Sukan-sukan yang tidak dibenarkan ialah seperti sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong, acara berkumpulan di luar yang melebihi 10 orang, indoor sport, acara di kolam renang dan jenis-jenis sukan bersentuhan," katanya.

Dalam pada itu katanya, aktiviti yang dibenarkan dibawah sektor perkhidmatan ikhtisas dan professional serta rangkaiannya adalah perkhidmatan oleh jurutera, peguam, arkitek, akauntan, perunding kewangan, jurunilai, juruukur bahan, juruukur tanah, ahli farmasi, kaunselor, ahli geologi, dietrician, dentist, juru fisioterapi, optometris, odiologist, veterinar, doktor perubatan dan doktor pakar serta lain-lain perkhidmatan ikhtisas dan profesional yang berdaftar dengan badan profesional masing-masing.

Katanya, semua perkhidmatan ikhtisas dan profesional hendaklah mematuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa yang berwibawa.

"Kerajaan Negeri juga memutuskan supaya bilangan penerbangan domestik ditambah dan menyeru kepada syarikat-syarikat penerbangan supaya menambah bilangan penerbangan daripada Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bahru, Alor Star, Kuching, Miri, Bintulu ke Sabah dan sebaliknya.

"Begitu juga dengan penerbangan-penerbangan dalam Negeri Sabah. Aktiviti pengangkutan udara adalah tertakluk kepada SOP Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa berkaitan," katanya.

Selain itu katanya, Kerajaan Negeri juga membenarkan kedai-kedai dan premis menjual kenderaan bermotor, jentera berat dan basikal beroperasi mulai 10 Mei 2020 dan hendaklah mematuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa berkaitan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri ingin memaklumkan bahawa pergerakan merentas daerah di Sabah adalah dibenarkan sejak 4 Mei 2020 selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 5 dan hendaklah mematuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa berkaitan.


"Kerajaan Negeri sekali lagi mengingatkan rakyat di Negeri ini untuk terus mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka serta sentiasa menggunakan sanitizer dalam semua urusan seharian untuk keselamatan diri, keluarga dan komuniti," katanya.

loading...
loading...

0 Response to "Sektor pelancongan dibenar beroperasi tetapi hanya melibatkan domestik sahaja"

Catat Ulasan